MENU

JABATAN PERANCANG BANDAR

VISI

Ke arah memberi perkhidmatan perancangan bandara raya Ipoh yang cemerlang berlandaskan aspirasi kolektif wargakota serta pentabiran negeri dan negara.

MISI

Memastikan perancangan bandar raya Ipoh dibuat secara profesional dengan bersikap ihsan berpandukan peruntukan undang-undang.

SLOGAN

Ipoh Bersih, Hijau dan Maju

OBJEKTIF

Merancang Pembangunan Bandaraya Ipoh dengan mengambil kira faktor fizikal, ekonomi dan sosial untuk mencapai taraf kehidupan wargakota yang lebih berkualiti dengan cara :-

  • Merancang dan melaksanakan dasar pembangunan kerajaan dari segi kemajuan bandar, perumahan, pertanian dan perindustrian di peringkat tempatan bagi menentukan penggunaan tanah yang optima serta berekonomik supaya pembangunan sosial dan ekonomi dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan bagi memberikan keselesaan hidup penduduk-penduduk MBI khususnya.
  • Memberi khidmat perancangan dari segi fizikal di peringkat Majlis dan juga Daerah untuk mencapai objektif wawasan 2020.
  • Menggalak dan mempertingkatkan pertumbuhan kemajuan bandar di dalam kawasan pentadbiran MBI dan sekitarnya.

FUNGSI

Jabatan ini melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang besar dalam mengawal dan merancang arah pembangunan Bandaraya Ipoh selaras dengan perluasan sempadan Majlis dari 387.63 km persegi kepada 642.57 km persegi. Pertambahan peranan dalam rancangan-rancangan pembangunan, penguatkuasaan, rundingan, serantau dan pendidikan, penyelidikan dan pengemaskinian maklumat ke arah memantapkan Jabatan Perancang Bandar khususnya dan Majlis amnya maka 5 bahagian telah diwujudkan iaitu:

  • Bahagian Kawalan Pembangunan
  • Bahagian Rancangan Pemajuan
  • Bahagian Penyelidikan Pembangunan
  • Bahagian Warisan Bandar dan Penguatkuasaan
  • Bahagian Pengurusan Pejabat

Semua bahagian ini bertanggungjawab dalam perancangan dan pengawalan pembangunan dalam kawasan sempadannya, meliputi kawasan yang diwartakan untuk perluasan pemakaian Akta 172 (Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976), Akta 133 (Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974) dan Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan, 1975) dan Akta A933 (Akta Perancang Bandar & Desa 1995 [Pindaan].

Membentuk polisi-polisi dan garis panduan umum untuk pembangunan fizikal jangka panjang yang berintegrasi di dalam kawasan Bandaraya Ipoh.

Menyediakan rancangan struktur dan pelan-pelan tempatan terperinci bagi memberikan cadangan pembangunan dan penggunaan tanah di dalam kawasan Bandaraya Ipoh.

Mengatur dan mengawal pembangunan dan penggunaan tanah dan bangunan di dalam kawasan Bandaraya Ipoh.

Menguruskan maklumat perancangan secara digital dan manual.

Menguatkuasa Akta  Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

*Maklumat sedang dikemaskini. Terima Kasih.