MENU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.

            Majlis Bandaraya Ipoh bermula sebagai sebuah Sanitary Board pada tahun 1983, yang ditubuhkan oleh pihak British.  Membangun secara beransur-ansur dan akhirnya menjadi kukuh, ia mendapat status perbandaran pada tahun 1962 dan diistiharkan sebagai sebuah Bandar Raya pada tahun 1988.

            Pada hari ini, Ipoh meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan populasi penduduk berjumlah 750 ribu orang.  Objektif utamanya ialah memberikan perkhidmatan kesihatan dan perbandaran, kawalan perancangan dan pembangunan, pengurusan trafik, penyelenggaraan, kelulusan pelan bangunan, menyediakan kemudahan infrastruktur, lesen dan penguatkuasaan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan.  Fungsinya kini diperkembangkan lagi kepada membantu pihak berkuasa negeri dalam pelancongan dan industri pelaburan.

            Oleh itu, Majlis Bandaraya Ipoh perlu melakukan anjakan paradigm dalam memberikan perkhidmatan cemerlang kepada warga kota dan menjadikan Ipoh sebuah Bandar Raya Sejahtera.  Saya yakin, dengan semangat kerjasama berpasukan dan kerjasama yang diberikan oleh Ahli-ahli Majlis serta warga kerja Majlis Bandaraya Ipoh, ianya akan dapat membantu saya mentadbir Majlis ini dengan lebih cemerlang.

            Saya yakin laman web ini akan menjadi satu lagi medium komunikasi antara Majlis dan para  pelanggan serta warga kota dalam memberikan perkhidmatan perbandaran yang berterusan.  Selaras dengan slogan MBI Bersih, Hijau dan Maju, saya amat mengharapkan kerjasama yang baik dari para pelanggan Majlis demi meningkatkan lagi taraf perkhidmatan Majlis.

            Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kerana melayari laman web ini.  Saya harap semua cadangan atau komen positif yang diberikan akan dapat memberbaiki laman web ini demi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan juga warga kota.

 

(DATO’ ZAMRI BIN MAN)
Datuk Bandar Ipoh