MENU

Bahagian Pelesenan
 

VISI

MEMASTIKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG MEMUDARATKAN DAN MENJADI KACAUGANGGU DIKAWAL MELALUI PROSES PELESENAN SERTA MEMASTIKAN WARGA IPOH PATUHI UNDANG-UNDANG MELALUI TINDAKAN PENGUATKUASAAN.

MISI

MENGALAKKAN INDUSTRI DAN PERDAGANGAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT MEMBANGUNKAN KAWASAN MAJLIS SERTA MEMASTIKAN PEMATUHAN  UNDANG-UNDANG OLEH SEMUA WARGA BANDARAYA IPOH

OBJEKTIF

MEMASTIKAN KESELAMATAN DAN KESAJAHTERAAN PENDUDUK BANDARAYA DIPERTINGKATKAN BAGI MENCAPAI TAHAP BANDARAYA DINAMIK DAN SEJAHTERA DENGAN CARA:

  • Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan untuk permohonan lesen premis perniagaan dan pengiklanan serta kelulusan permit-permit barangan kawalan dan permit pertunjukkan hiburan.        
  • Memastikan aktiviti-aktiviti yang memudaratkan dan masalah kacauganggu dikawal melalui proses pelesenan
  • Memastikan bandaraya bebas dari halangan kacauganggu  melalui ketegasan penguatkuasaan undang-undang dan;
  • Penggunaan teknologi bagi meningkatkan produktiviti pelesenan dan keberkesanan dan penguatkuasaan.

BAHAGIAN PELESENAN

Fungsi :

  • Menerima, membuka dan merekod semua jenis permohonan lesen trade dan perindustrian
  • Memproses semua jenis permohonan lesen papan iklan baru, tukar alamat, tukar visual, tukar nama syarikat, tukar nama pelesenan, tambahan papan iklan dan sebagainya
  • Menjalankan pemeriksaan ke atas papan iklan yang telah atau belum dilesenkan oleh pihak Majlis samaada yang baru atau lama dalam berbagai keadaan
  • Memproses dan memberi ulasan ke atas permohonan yang dirujuk oleh lain-lain agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Ipoh/Batu Gajah, Pejabat Polis Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan, LPKP dan lain-lain jabatan kerajaaan

CARTA ORGANISASI

INFO BAHAGIAN PELESENAN

1. Pada 1 Oktober 2010 pihak Majlis telah melaksanakan penambahbaikan lesen perniagaan dimana tempah sahlaku lesen antara 1 hingga 3 tahun mengikut tempoh sahlaku lesen memandu. Penambahbaikan ini hanya melibatkan permohonan baru lesen  Tred, Perniagaan  dan Perusahaan sahaja.  
2. Mulai bulan Mei 2011 semua lesen papan iklan yang baru diluluskan tidak lagi dihantar melaluii pos. Pelesen akan dihubungi melalui telefon untuk menjelaskan bayaran lesen tersebut terlebih dahulu sebelum syarat-syarat kelulusan diserahkan.
3. Pembaharuan Lesen yang mengikut tempoh sahlaku lesen memandu, pelesen perlu hadir dengan membawa lesen tahun lepas di kaunter bahagian Pelesenan, Tkt 2 Bangunan MBI Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh sebelum tamat tempoh tersebut. Sekiranya lesen tidak diperbaharui selepas tarikh sahlaku lesen tindakan kompaun akan dikenakan tanpa sebarang notis.
4. Semua permohonan permit sementara seperti permit promosi barangan, dan jualan di kakilima sempena musim perayaan perlu dikemukakan di bahagian Pelesenan sekurang-kurangya 7 hari bekerja untuk diproses.
5. Bagi mendapatkan surat kebenaran membuat penggambaran filem dan surat sokongan untuk permit menyimpan barangan kawalan disel/petrol/gas cecair ke KPDNKP, permit meletak kenderaan ke LPKP dan permohonan untuk mengadakan aktiviti hiburan ke Pejabat Daerah dan Tanah Ipoh perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 7 hari bekerja untuk diproses..
6. Semua visual papan iklan komersial perlu disemak dari segi penggunanan bahasa Malaysia yang betul serta mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) sebelum permohonan lesen papan iklan dikemukakan di bahagian Pelesenan
7. Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan sedang melaksanakan 7 proses melalui pelaksanaan MS ISO 9001:2008 yang bermula mulai 01 Ogos, 2011 iaitu:
i) Prosedur Tawaran Mengkompaun
ii) Prosedur Pengeluaran Notis Peringatan Kompaun
iii) Prosedur Permohonan Lesen Baru Papan Iklan
v) Prosedur Permohonan Lesen Baru Perniagaan Makanan dan Bukan Makanan
vi) Prosedur Pembatalan Lesen Premis Perniagaan Makanan dan Bukan Makanan
vii) Prosedur Pembatalan Lesen Papan Iklan
vii) Prosedur Pengeluaran Notis Peringatan.

Bahagian Pelesenan & Penguatkuasaan

JENIS-JENIS PERNIAGAAN YANG DILESENKAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAAN (MAJLIS PERBANDARAAN IPOH) (PINDAAN) 1987

PERNIAGAAN MAKANAN

  • Kedai kopi
  • Kedai makan/ restoran
  • Kilang minyak boleh dimakan yang mengguna jentera
  • Menyedia, membotol, mengetin, membungkus atau mengilang minuman ringan termasuk air lemonad, air berkabonat, air perisa, air ubat dan air mineral
  • Mengilang sos dan cuka termasuk membotol
  • Pengusaha tenusu
  • Susu/ snek, bar/ coffee house
  • Kantin
  • Gudang untuk menyimpan makanan/ minuman
  • Kedai minuman/ bar/ pub
  • Kantin sekolah
  • Penyaji makanan
  • Kilang mi/ mi hoon/ koay teow/ vermicelli
  • Kilang roti di mana roti bantal dibuat
  • Semua jenis kek termasuk kilang roti dimana roti bantal dibuat
  • Kilang gula-gula
  • Kilang tepung, kilang serbuk rempah kari, kilang beras dan lain-lain yang mengilang bahan makanan
  • Kilang serbuk kopi
  • Menyedia atau membuat minyak boleh dimakan dan lemak termasuk minyak sapi, lemak khinzir, lemak beku, minyak kelapa, minyak kelapa sawit dan minyak kacang tanah
  • Membungkus makanan termasuk teh, minyak dan sebarang bahan makanan lain
  • Menyedia, membungkus dan mengedar untuk dijual makanan pramasak
  • Mengetin, membotol atau membungkus dalam bekas yang tidak dapat dimasuki udara sebarang makanan
  • Menapis gula atau membuat gula melaka
  • Menyedia atau membuat air buah-buahan, pati sayur dan concentrates sguash buah-buahan, kordial buah-buahan, sirap buah-buahan, kordial dan sirap tiruan, pati buah-buahan, minuman ubat dan esen perisa dan sirap
  • Menyedia untuk dijual daging dan hasil daging, hasil laut dan makanan hasil laut termasuk daging khinzir panggang, itik panggang, ayam panggang dan daging panggang
  • Menyedia atau membuat acar, buah-buahan, jeruk dan sayuran jeruk
  • Menyedia atau membuat pati daging dan sayuran
  • Kilang coklat
  • Membuat, menyuling, mencampur, membotol, mengetin minuman yang memabukkan termasuk bir dan stout
  • Makanan dingin beku/ proses

PERNIAGAAN MAKANAN

  • Membuat, menyedia, membungkus atau menjual perisa, perasa, pewarna dan pengawet makanan
  • Menyedia dan membuat
    i) Jem dan lengkong
    ii) Susu dan krim termasuk bancuhan susu tepung dan krim
    iii) Susu tepung
    iv) Telur kering dan tepung telur
    v) Bahan-bahan makanan bercampur mengandungi terutamanya susu dan/ atau tepung susu
    vi) Sebarag hasil yang boleh dimakan yang dibuat dari kacang tanah, kelapa dan kekacang dan kekeras lain yang melibatkan satu proses selain dari proses mengering atau memasak yang mudah
    vii) Mentega, keju dan margerin
    viii) Mentega kacang tanah
  • Gerai dalam kedai makan, pawangan atau premis berlesen yang lain
  • Pengedar atau ejen ais/ aiskrim dan/ minuman ringan
  • Menjual gula-gula, aiskrim dan minuman ringan dari mesin bancuhan
  • Menyimpan daging dan hasil daging, hasil laut dan makanan hasil laut, sayur dan buah-buahan
  • Kedai buah/ sayur
  • Kedai runcit atau kedai barang
  • Menjual barang makanan segar
  • Semua minuman keras untuk digunakan di luar premis
  • Kilang kacang besar atau kecil
  • Sebarang kilang makanan atau tempat makanan yang tidak ditentukan dalam jadual ini
  • Menyedia atau menbuat sagu, ubi kayu, dan hasil-hasil yang dibuat daripadanya
  • Mengawet ikan atau membuat baja atau baja lain
  • Mengering dan menggaram ikan`menyimpan kopra
  • Menyimpan ikan masin, belacan, udang halus dsb
  • Menyimpan, melonggok atau memperniagakan sebarang ikan busuk atau barang lain yang dikenali sebagai `ikan busuk`
  • Kedai ubat
  • Kilang minyak kelapa sawit
  • Ladang ayam, itik melebihi 20 ekor
  • Menyimpan tepung melebihi 1½ tan
  • Menyimpan minyak kelapa
  • Kilang belacan
  • Kilang makanan binatang
  • Membuat ubat-ubatan dan dadah
  • Membuat, mengawet atau menyimpan tembakau
  • Membuat cerut dan / atau rokok

PERNIAGAAN BUKAN MAKANAN

  • Menyiat kulit atau mengeluarkan isi perut binatang
  • Merebus ofal, darah, minyak atau tulang
  • Membuat sabun pembersih
  • Membuat glu
  • Membuat lilin
  • Mencair lemak binatang
  • Sabak Bata
  • Membuat tembikar atau kapur/kapur bangunan
  • Mencelup
  • Kilang Kulit
  • Menjual atau menyewakan pita video, filem, rekod, kaset, kartrij atau alat-alat yang serupa
  • Bilik Pameran untuk jentera dan alat-alat
  • Tukang besi dan tukang ayan
  • Menyetor mancis melebihi 2,400 kotak
  • Menyimpan atau menyetor arang batu, kayu arang kok, atap, jerami atau lain-lain bahan merbahaya yang mudah terbakar
  • Menyetor atau memproses getah
  • Menyetor `metthylated spirit` di dalam tong atau bekas
  • Menyetor asitilin, oksigen dan lain-lain gas yang serupa
  • Semua jenis semburan cat dan / atau barnis
  • Membaiki dan / atau mengecat kereta-kereta motor
  • Mebina badan kereta-kereta motor
  • Percetakan
  • Kerja sadur elektrik
  • Mengilang / menyetor colok
  • Mengilang barang-barang daripada plastik
  • Peniaga motokar/lori/bas/traktor/forklif
  • Peniaga motosikal/ motoskuter
  • Menempatkan atau meletakkan dua atau lebih kenderaan motor yang digunakan bagi maksud sewa atau berniaga
  • Dobi / cuci kering
  • Menyetor kalsium karbid untuk maksud borong
  • Pertukangan kayu
  • Petukangan tangan / mengilang perabut
  • Menyelup / kerja-kerja vulkani tayar
  • Kilang papan
  • Kilang bengkel
  • Mengilang barang-barang daripada simen termasuk bata simen

 

PERNIAGAAN BUKAN MAKANAN

  • Panggung wayang
  • Taman hiburan
  • Kelab lumba kuda
  • Dewan dansa
  • Dewan muzik
  • Serbis dan membaiki pam dan jentera
  • Mengilang dan menyetor gas petrolum cecair
  • Peniaga getah dan bijih timah
  • Kandang kuda / kandang lembu / kerbau/ kambing/ kambing bebiri/ kinzir
  • Tukang/ pembuat kasut
  • Mengilang bekas-bekas dengan jentera
  • Loji pemasangan kereta motor dan jentera
  • Mengilang dan / atau menjual keluaran getah secara borong
  • Menyetor besi buruk
  • Mengumpul atau menyetor kain buruk, surat khabar, guni, bulu atau barang-barang buruk
  • Pembersihan logam-logam berharga melalui proses asid
  • Menyetor/ menjual rotan, barang dari rotan atau barangan dari buluh
  • Mengilang dan atau menyetor barangan daripada kertas
  • Menyetor cat
  • Kedai elektrik
  • Memperbaiki dan membuat semula atau menjual ketuhar, penyaman udara dan/ atau peti sejuk/mesin jahit
  • Kedai menjual barangan dari tanah/ tembikar
  • Kedai binatang kesayangan
  • Tempat semaian tumbuhan
  • Menjual bahan pencuci/ racun makluk perosak dan bahan-bahan yang serupa
  • Mengilang barangan kulit
  • Membuat papan iklan/ papan tanda seni
  • Menyetor minyak diesel melebihi 2273 liter
  • Gudang
  • Kuari
  • Mengilang atau membuat semula barangan dari aluminium, tembaga dan lain-lain logam
  • Kerja-kerja kimpalan
  • Mengilang barangan daripada rotan
  • Mengilang barang-barang dari batu/marmar
  • Mengilang ubat gigi, bedak muka dan lain-lain bahan yang serupa
  • Memasang alat hawa dingin dan peralatan yang serupa kepada kereta motor
  • Menjual colok
  • Memotong kaca/ membingkai gambar
  • Rumah untuk orang sakit/ rumah mayat
  • Peniaga barangan sudah pakai

PERNIAGAAN BUKAN MAKANAN

  • Kedai tayar
  • Menglang dawai berduri
  • Mengilang bahan-bahan bangunan/ jalan. termasuk genting bumbung, genting lantai atau lain-lain bahan yang serupa
  • Mengilang/ menjual/ menyetor baja
  • Mengilang bahan-bahan `fibre glass`
  • Mencanai kaca, mengilang barangan kaca/cermin/ piuter
  • Mengilang permaidani/fabrik dan bahan-bahan yang sama
  • Mengilang barangan cermin mata dan barangan ganti
  • Kilang cat
  • Mengilang bahan pencuci/ racun perosak/ racun serangga dan bahan yang serupa
  • Mengilang kasut/ selipar dan lain-lain pakaian kaki kecuali teropah
  • Mengilang barangan sukan/ alatambah
  • Mengilang alatulis
  • Mengilang tin-tin ayan dan bekas-bekas yang serupa
  • Menyetor mercun/ bunga api dan bahan mudah terbakar
  • Menyetor/ memproses/ mengolah apa-apa logam
  • Mengilang barangan solek dan lain-lain barangan yang serupa
  • Menglang barangan tekstil/ kilang pakaian/ mengait/ menenun
  • Mengilang termos
  • Mengilang / menyimpan gas-gas industri
  • Pasar raya
  • Pusat snooker/ billiard
  • Tadika/ taman asuhan kanak-kanak
  • Membuat kalis karat kenderaan motor
  • Menyetor `caustic soda`
  • Kilang simen
  • Kilang asbestos
  • Mengilang alkohol perindustrian
  • Kilang logam/ kilang galian/ kilang amang
  • Pengeluaran alkali/ asid solvents dan lain-lain kimia
  • Lain-lain perdagangan perniagaan atau perindustrian dari jenis yang memudaratkan atau yang boleh menjadi punca kacau/ganggu kepada orang awam atau sesuatu kelas orang awam

LESEN KOMPOSIT

  • Hotel/Bajet Hotel/Homestay
  • Pasaraya
  • Stesyen Minyak

 

UNDANG-UNDANG KECIL PAPAN IKLAN ((MAJLIS PERBANDARAAN IPOH)
(PINDAAN) 1987

Semua jenis papan iklan kormesial dan biilboard yang terletak dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

ANDA INGIN MEMOHON LESEN?

1) LESEN PERNIAGAAN MAKANAN ATAU BUKAN MAKANAN

SILA DATANG KE BAHAGIAN PELESENAN TINGKAT 2 BANGUNAN MAJLIS BANDARAYA IPOH DENGAN MENGISI BORANG YANG BERKAITAN SERTA MEMBAWA DOKUMEN-DOKUMEN BERIKUT:

a) 1 salinan ASAL Sijil pendaftaran syarikat (SSM) atau
b) 1 salinan memorandum dan tata urusan syarikat (Memorandum and Articles of Association) yang mengandungi borang 9, 24 dan 49 jika syarikat Sdn Bhd
c) 1 salinan surat perjanjian penyewaan atau dokumen berkaitan dengan penyewaan bangunan atau tanah atau
d) 1 salinan geran tanah jika bangunan milik sendiri
f) 1 Salinan pelan lantai premis perniagaan berskala
g) 1 salinan pelan lokasi juga berskala
h) 1 salinan bayaran Cukai Taksiran MBI terkini yang telah dijelaskan
i) 1 salinan kad pengenalan pemohon
j) 1 keping gambar pemohon
k) Bayaran proses RM20.00 dikenakan setelah borang permohonan lengkap

2) LESEN PAPAN IKLAN KORMESIAL

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

a) 1 salinan ASAL Sijil pendaftaran syarikat (SSM) atau
b) 1 salinan memorandum dan tata urusan syarikat (Memorandum and Articles of Association) yang mengandungi borang 9, 24 dan 49 jika syarikat Sdn Bhd
c) 1 salinan bayaran Cukai Taksiran MBI terkini yang telah dijelaskan
) Lakaran `visual` papan iklan yang akan dipamerkan
e) Bayaran proses RM20.00 dikenakan setelah borang permohonan lengkap

3) LESEN BILLBOARD

a) Permohonan dikemukakan di Pusat Setempat (OSC) di lobi MBI dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
a) 1 salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan borang D & B
b) 1 salinan Memorandum atau urusan syarikat, (Memorandum and Articles of Association
c) 1 salinan surat perjanjian penyewaan atau dokumen yang berkaitan dengan penyewaan bangunan dan tanah
d) 1 salinan geran tanah (sekiranya tanah persendirian) atau
i) Lesen menduduki sementara (TOL) perlu mendapat pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah atau
ii) Surat Pengesahan dari JKR (sekiranya melibatkan rezab JKR)
iii) 1 salinan cadangan visual paparan
iv) Lesen Pemaju dan lesen iklan dari KPKT untuk permohonan billboard perumahan sahaja.

b) Permohonan perlu mendapat kelulusan dalam Mesyuarat OSC yang diadakan setiap 2 kali sebulan

4) LESEN KOMPOSIT

PEMOHON PERLU MENGISI BORANG KOMPOSIT MENGIKUT BILANGAN AKTIVITI YANG TERDAPAT DALAM PERNIAGAAN TERSEBUT DENGAN MENGEMUKAKAN DOKUMEN DIBAWAH:

a) Salinan ASAL Sijil pendaftaran syarikat (SSM) atau
b) Salinan memorandum dan tata urusan syarikat (Memorandum and Articles of Association) yang mengandungi borang 9, 24 dan 49 jika syarikat Sdn Bhd
c) Salinan surat perjanjian penyewaan atau dokumen berkaitan dengan penyewaan bangunan atau tanah atau
d) Salinan geran tanah jika bangunan milik sendiri
f) Salinan pelan lantai premis perniagaan berskala
g) Salinan pelan lokasi juga berskala
h) Salinan bayaran Cukai Taksiran MBI terkini yang telah dijelaskan
i) Salinan kad pengenalan pemohon
j) Gambar pemohon
k)` Bayaran proses RM20.00 dikenakan setelah borang permohonan lengkap

TEMPOH ANDA MENDAPAT LESEN PERNIAGAAN

1) Perniagaan yang tidak berisiko : 7 hari setelah semua dokumen lengkap diterima
2) Perniagaan berisiko ( restoran, semua jenis kilang makanan / bukan makanan dan komposit : 14 hari setelah semua dokumen lengkap diterima
3) Papan Iklan Komersial : 10 hari setelah semua dokumen lengkap diterima
40 Billboard : 1 – 3 bulan

PERINGATAN PENTING KEPADA PELESEN;

1) Lesen akan dihantar melalui pos pada atau sebelum 15 Januari setiap tahun dan jika tiada menerima lesen dalam tempoh tersebut, sila datang ke bahagian Pelesenan tingkat 2 Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh untk mendapatkan salinan lesen. Bagi pelesen baru lesen akan dihantar dalam tempoh 7 atau 14 hari setelah permohonan diluluskan
2) Lesen hendaklah dijelaskan selepas 2 minggu dari tarikh lesen diterima atau dikeluarkan dan selewat-lewatnya pada 31 March setiap tahun bagi mngelakkan dikenakan tindakan kompaun.
3) Pembayaran lesen boleh dibuat dengan cara berikut:
i) Kaunter Bayaran MBI di Greentown atau di pejabat lama MBI Jalan Bandar atau mana-mana kaunter bergerak MBI sahaja
ii) Bayaran melalui pos dengan mengemukakan cek/bank draf/ wang pos dengan mencatat maklumat berikut di belakang cek/bank draf iaitu:
a) Nama Pelesen/Syarikat
b) No telefon
c) No Akaun lesen
4) Sekiranya perniagaan ditutup, sila maklumkan dengan serta merta ke bahagian Pelesenan samada melalui surat atau dengan datang sendiri dengan mengisi borang berkaitan
5) Perniagaan yang didapati beroperasi tanpa mendapat lesen yang sah dari MBI, tindakan kompaun sebanyak RM100.00 atau RM200,00 akan dikenakan tanpa sebarang notis.
6)Mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi No 05-2083656/2083356/2083357 atau 2083358 dalam waktu pejabat sahaja

GAMBAR BAHAGIAN PELESENAN

[caption caption="Papan Iklan Komersial"][/caption]

 

[caption caption="Urusan Kaunter"][/caption]

 

[caption caption="Unit Iklan"][/caption][caption caption="Jenis Billboard yang Diiklankan (Billboard Komersial)"][/caption][caption caption="Jenis Billboard yang Diiklankan (Billboard Perumahan)"][/caption][caption caption="Memberi Penerangan Mengenai Urusan Perlesenan"][/caption]

 

Bahagian Penguatkuasaan

 VISI 

  • Memberi kesedaran tentang mematuhi peraturan-peraturan, Undang-Undang di kalangan warga kota. Peningkatan pemahaman dan perlaksanaan Perundangan Negara.

 

MISI

  • Untuk menyediakan satu suasana hidup yang selamat dan sejahtera serta berdaya maju didalam melaksanakan dan menguatkuasakan perundangan, polisi dan peraturan sediada.

 

OBJEKTIF

  • Bahagian ini bertanggungjawab menjaga kepentingan orang awam disamping menguatkuasakan dan menentukan segala aspek perundangan yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Ipoh dipatuhi serta dikuatkuasakan sepenuhnya.
  • Bagi mencapai matlamat ini, bahagian ini memainkan peranan memberi khidmat penguatkuasaan secara berkesan. Selain itu berperanan mengawal dan melesenkan pengiklanan, premis bukan makanan dan lesen premis makanan.

 

PERANAN UNIT / FUNGSI

  • Mengadakan operasi mengubah halangan-halangan, meroboh gerai-gerai, rumah-rumah haram dan merampas barang-barang penjaja-penjaja yang menjaja di tempat yang dilarang.
  • Menjalankan tugas luar yang telah diperuntukkan kuasa dibawah Undang-Undang Kerajaan Tempatan dan akta di kawasan Majlis bandaraya Ipoh.
  • Menjalankan dan melaksanakan semua tuga-tugas di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing(MPI) 1987.
  • Membuat tugas rondaan pengawalan lembu/kerbau/kambingyang berkeliaran di kawasan Majlis dan menangkap haiwan merayau sekiranya perlu.
  • Membuat tugas rondaan memeriksa permit kain sepanduk/banting serta menurunkan sekiranya dipasang tanpa lesen/tamat tempoh. Kain sepanduk/banting yang tidak mempunyai permit perlu dikompaun dan akan disita hendaklah dilupuskan setiap 6 bulan sekali.
  • Memproses borang permohonan permit khemah/kren dan permohonan lesen anjing di dalam kawasan Majlis.
  • Menerima kutipan/bayaran untuk lesen anjing, sewa tapak letak kren dan sewa tapak khemah.
  • Memberi ceramah dan penerangan kepada warga kota tentang Undang-Undang yang digunapakai oleh Penguatkuasa MBI.
  • Menerima barang-barang sitaan di bawah peruntukkan Undang-Undang.
  • Menyediakan senarai inventori barang-barang yang disita sebelum disimpan didalam setor.
  • Menjalankan tugas luar yang telah diperuntukkan kuasa dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Jalan, Parit & Bangunan 1976 (Akta 133).
  • Menguatkuasakan Undang-Undang Perintah Lalulintas Jalan (Tempat Meletak Kereta Bermeter) 1986 dan Perintah Lalulintas Jalan (Tempat Meletak Kereta Memakai Atendan).
  • Mendaftarkan kes-kes mahkamah dan melaksanakan waran tangkap terhadap orang yang gagal hadir ke mahkamah.
  • Memastikan semua kompaun yang dikeluarkan diambil tindakan seperti mengeluarkan notis peringatan bagi kompaun baru yang belum dijelaskan dendanya dan proses tindakan mahkamah bagi notis peringatan yang belum dijelaskan.
  • Mengawal keselamatan harta benda Majlis iaitu pejabat-pejabat, perpustakaan, Stadium Azlan Shah, Stadium Perak, Stadium IndraMulia, rumah-rumah pangsa, bengkel, pusat-pusat penjaja dan zon perdagangan bebas (FTZ) di Jelapang dan di Klebang.

SENARAI NAMA PEGAWAI DAN KETUA BAHAGIAN / UNIT UNTUK DIHUBUNGI (DIREKTORI) BERSERTA MAKLUMAT

 

BIL

GAMBAR

NAMA

JAWATAN

UNIT

NOMBOR

DIHUBUNGI

1.

 

AHMAD ZAIYADI BIN SUDIN

PEMANGKU PENGARAH PELESENAN DAN PENGUATKUASAAN

N44

PENTADBIRAN

 

05-2083181

013-4241612

2.

 

TN. HJ. WAN EMBONG BIN ISMAIL

KETUA PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA

N32

OPERASI

05-2083160

012-5898661

3.

 

MAZALAN BIN MOHD NOR

PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA             

N29

PENTADBIRAN

05-2083182

017-5150197

           

 

         

4.

MOHD ASRI BIN ARIS

PEMBANTU PENGUATKUASA KANAN

N22

OPERASI

05-2083162

012-5853818

 

5.

SELVAKUMARAN A/L MADASAMY

PEMBANTU PENGUATKUASA KANAN

N22

REKOD STATISTIK / MAHKAMAH

05-2083186

013-5202025

6.

GANESAN A/L KRISHNASAMY

 PEMBANTU PENGUATKUASA KANAN

N22

LALULINTAS / MOTOR

05-2083183

017-5937700