MENU

1.0 VISI

 Merealisasikan persekitaran Bandaraya Ipoh yang bersih, komuniti yang sejahtera dengan memupuk budaya kerja yang cemerlang.

 

2.0 MISI

 Mewujudkan persekitaran Bandaraya Ipoh yang bersih, sihat dan sejahtera dan menyemarakkan aktiviti-aktiviti dan pembangunan komuniti yang teratur

 

3.0 OBJEKTIF

 Merancang, melaksana dan memastikan perkhidmatan Majlis Bandaraya Ipoh kepada warga kota Ipoh sentiasa berada di tahap yang terbaik dari masa ke semasa.

 

4.0 FUNGSI

  • Menyelaraskan Program-Program Lain Yang Melibatkan Pihak Majlis Sebagai Jawatankuasa Pengelola/Pelaksana
  • Melaksanakan Usaha-Usaha Untuk Peningkatan Imej Majlis Melalui Penyediaan Bahan-Bahan Yang Berunsurkan Imej Korporat MBI.
  • Membantu Dalam Menyebarkan Maklumat Tentang Aktiviti/Peranan MBI Kepada Orang Awam
  • Menjalankan Kerja-Kerja Pemantauan Terhadap Hasil Perkhidmatan Majlis Kepada Pihak Awam/Warga kota Ipoh.
  • Meyelaraskan Segala Aktiviti/Program Sukan Dan Juga Majlis-Majlis Rasmi MBI.
  • Menyelaraskan Segala Permohonan Untuk Persembahan
  • Menguruskan Segala Tempahan Stadium, Padang, Dewan Bandaran,Dewan Orang Ramai Dan Peralatan.
  • Menyelaraskan Dan Mengambil Tindakan Terhadap Isu Kemiskinan Bandar Dan Isu Setinggan Sifar
  • Menyelaras Kemajuan Perlaksanaan Konsep Pegawai Perhubungan Kawasan
  • Menyelaras Perlaksanaan Projek Pelancongan MBI, Negeri Dan Persekutuan.
  • Menguruskan Pentadbiran Pusat Penerangan Pelancongan Perak
  • Menguruskan Dan Menyelaraskan Semua Aktiviti Pelancongan
  • Menyelaraskan Hububungan Bandaraya Berkembar Ipoh-Fukuoka Dan Juga Kerjasama Dengan Bandaraya Lain.
  • Menyelaraskan Tindakan Di Bawah Tourism Promotion Organization (TPO).
  • Mengawasi Perkhidmatan Di Perpustakaan Berjalan Mengikut Ketetapan Bagi Semua Aktiviti.
  • Merancang Pembangunan Perpustakaan Mengikut Keupayaan Majlis.
  • Merangka Program-Program Dan Aktiviti-Aktiviti Tahunan Perpustakaan.
  • Kutipan Dan Pelupusan Sampah
  • Kawalselia Kebersihan
  • Bil Perkhidmatan Kutipan Sampah Tred Dan Industri
  • Mengurus Dan Menyelia Perkhidmatan Kereta Jenazah
  • Siasatan Terhadap Aduan Awam
  • Penjualan Kupon Untuk Melupuskan Sampah Ke Tapak Pelupusan MBI Oleh Pihak Swasta.
  • Membantu Agensi Kerajaan, NGO Dan Badan-Badan Kebajikan Melaksanakan Kerja Gotong-Royong.