MENU

JABATAN PERBENDAHARAAN

Jabatan Perbendaharaan mempunyai 6 objektif :-

  • Memastikan semua Perolehan dibuat mengikut prosedur dan kos efektif.
  • Memastikan semua transaksi dan rekod pengurusan kewangan dibuat mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan, Akta Acara Kewangan dan lain-lain peruntukan yang digunapakai.
  • Memastikan tindakan penguatkuasaan tunggakan cukai taksiran dilaksanakan mengikut pelan tindakan yang ditetapkan serta pemantauan yang berterusan terhadap tunggakan lain-lain hasil.
  • Memastikan kutipan hasil sistem letak kereta dilaksanakan dengan baik dan teratur.
  • Memperkemas dan memantapkan Pengursan Aset Majlis mengikut keperluan, aliran kerja dan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan dalam konteks pengurusan aset.
  • Memantapkan pengurusan pembangunan, penambahbaikan dan penyelenggaraan Sistem SPBT Majlis.

VISI

  • Meningkatkan hasil, menjimatkan belanja, memperkasakan kualiti kerja

MISI

  • Ke arah kecemerlangan sistem kerja dan urus tadbir pengurusan kewangan  berlandaskan pelan perancangan yang strategik, konsisten dan relevan.

 

ETIKA KERJA JABATAN PERBENDAHARAAN

     Integriti

  • Patuh pada setiap peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
  • Melaksana tanggungjawab dengan amanah.

      Ilmiah

  • Sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan tugas dan tanggungjawab.
  • Memanfaatkan ilmu pengetahuan untuk peningkatan kualiti kerja.
     

      Ikhlas

  •  Bekerja sebagai satu ibadah, mendekatkan diri kepada Tuhan untuk keberkatan hidup.

 

      Iltizam

  • Mempunyai azam dalam memastikan setiap hasil kerja yang dilakukan berkualiti.
  • Sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap masa.

 

DASAR Q JABATAN PERBENDAHARAAN

Komited dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan pengurusan kewangan yang lengkap dan sempurna.

 

SLOGAN

Akauntabiliti, Kredibiliti Dan Integriti Amalan Bersama.

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERBENDAHARAAN

1. Bajet Majlis disedia dan dikemukakan ke Pihak Berkuasa Negeri sebelum bulan Ogos setiap tahun.

2. Cek bayaran dikeluarkan dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja dari tarikh baucer yang lengkap diterima.

3. Kertas kerja Jawatankuasa Penasihat Kewangan disediakan setiap bulan sebelum 15 haribulan bulan berikutnya untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Kewangan.

4. Laporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun disediakan setiap Suku tahun untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JPKA.

5. Laporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun dikemukakan kepada Pejabat Kewangan Negeri sebelum tarikh yang ditetapkan.

6. Menyelesaikan urusan pelanggan di Kaunter Bayaran mengikut piawaian:

·         Hari Biasa                            10 minit – 15 minit

·         Waktu Puncak*                   30 minit – 1 jam

(Nota: Waktu Puncak adalah pada bulan Januari/Februari dan Julai/Ogos)

7. Penyata Kewangan untuk sesuatu tempoh perakaunan dibentangkan di Mesyuarat Majlis pada bulan Mac tahun berikutnya dan dikemukakan kepada Jabatan Audit Negeri sebelum bulan April.

8. Menyelaras dan menyelia tempat letak kereta di sekitar Bandar Raya Ipoh pada setiap hari bekerja.

9. Memberikan kelulusan bersyarat ke atas permohonan ejen jualan kupon dalam tempoh 3 hari bekerja.

10. Memberi kelulusan ke atas permohonan sewaan Petak Sementara, Kosongkan dan Petak Khas  yang diterima dengan lengkap dalam tempoh 7 hari bekerja.

11. Mengeluarkan Bil-bil Cukai Taksiran kepada pemilik harta tidak lewat dari 15hb Januari bagi Penggal Pertama dan 15hb Julai bagi Penggal Kedua setiap tahun.

12. Mengeluarkan Notis E selepas 14 hari dari tarikh akhir tempoh bayaran setiap penggal.

13. Melaksanakan tindakan penguatkuasaan Cukai Taksiran selepas 15 hari dari tarikh Notis E dikeluarkan.

14. Laporan Jawatankuasa pengurusan Aset Kerajaan disediakan setiap suku tahun untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JPKA dan dikemukakan ke Pejabat Kewangan Negeri sebelum tarikh yang ditetapkan.

15. Laporan Tahunan Aset Majlis dikemukakan ke Pejabat Kewangan Negeri sebelum 15 Mac tahun berikutnya:

·         Laporan Harta Modal dan Inventori

·         Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori

·         Laporan Pelupusan Aset Alih Kerajaan

·         Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib

16. Pelawaan sebutharga dibuka sekurang-kurangnya dalam tempoh 7 hari berturut-turut dan pelawaan tender dibuka sekurang-kurangnya dalam tempoh 21 hari berturut-turut.

 

AKTIVITI-AKTIVITI BAGI FUNGSI-FUNGSI UTAMA

Secara amnya fungsi-fungsi Jabatan Perbendaharaan adalah seperti berikut:

  1. Memastikan rekod kewangan adalah tepat dan teratur supaya laporan serta Penyata Kewangan sempurna serta mematuhi piawaian perakaunan dapat disediakan.
  2. Meningkatkan hasil Majlis dengan menggunakan pelbagai sumber dan kaedah secara bersistematik.
  3. Menguruskan perbelanjaan secara berhemah melalui perancangan bajet terkawal dan sistematik serta pelaksanaan pelan penjimatan secara menyeluruh.
  4. Mempertingkatkan penguatkuasaan cukai taksiran dan pemantauan tunggakan hasil-hasil lain.
  5. Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan dengan mengamalkan sistem kerja yang efisyen secara berterusan.

Bagi mencapai objektifnya, 4 bahagian utama setelah diwujudkan bagi melaksanakan fungsi-fungsi utama yang telah ditetapkan terdiri dari :-

1.    Bahagian Operasi Kewangan

2.    Bahagian Perakaunan

3.    Bahagian Aset 

4.    Bahagian SPBT & Am