MENU

LATAR BELAKANG JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Jabatan Khidmat Pengurusan merupakan tulang belakang kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Ianya bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti di antara jabatan-jabatan dari segi pentadbiran dan perkhidmatan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ia juga terlibat didalam merancang, merumus dan menyelaras segala dasar-dasar dan matlamat Majlis Bandaraya Ipoh, disamping menentukan perlaksanaan dasar-dasar tersebut dijalankan dengan cekap dan berkesan.

Jabatan PKhidmat Pengurusan terdiri daripada Bahagian Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Majlis.Bahagian Sumber Manusia terdiri dari Unit Personel, Unit Tatatertib dan Naik Pangkat serta Unit Latihan dan Kompetensi.

Jabatan Khidmat Pengurusan juga bertindak sebagai pusat dan penyelaras bagi memastikan keputusan dan dasar majlis dilaksanakan dengan cekap dan berkesan melalui pengembelengan tenaga dan daya usaha bersama semua jabatan.

VISI JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Mewujudkan perancangan, pembangunan dan penyusunan organisasi / sumber manusia untuk menyumbang ke arah pencapaian kemajuan dan kesejahteraan Bandaraya Ipoh.

MISI JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Mewujudkan organisasi dan tenaga kerja yang berkualiti dan dinamik sesuai dengan kehendak pelanggan dan warga kota kearah kualiti hidup yang lebih sejahtera.

OBJEKTIF JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Menentukan Majlis Bandaraya Ipoh mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk menjalankan fungsi perkhidmatan dan pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh.
  • Mewujudkan satu pentadbiran dan pengurusan yang bersih ,cekap dan amanah.
  • Mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin serta berhemah tinggi.
  • Melengkapkan anggota Majlis dengan pengetahuan yang mencukupi mengenai teknik-teknik pengurusan moden melalui latihan dan kursus.
  • Memastikan urusan perkhidmatan anggota sentiasa di kemas kini.

 

 

 

CARTA ORGANISASI JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN