MENU

1.0   PENGENALAN

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta memainkan peranan yang penting dalam memastikan pendapatan  Majlis daripada percukaian dapat di pertingkatkan dari masa ke semasa kerana cukai taksiran masih merupakan hasil utama Majlis Bandaraya Ipoh.

Jabatan Penilaian dan Pengurusan  Harta juga bertanggungjawab atas segala urusan berkaitan dengan hartanah yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

 

  2. 0  OBJEKTIF JABATAN  / PEJABAT  DAN FUNGSI TUGAS MENGIKUT BAHAGIAN UNIT

Objektif  Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta  adalah menyokong mencapai semua objektif Majlis dengan cara :-

  1. Berusaha mempertingkatkan pendapatan Majlis dari punca hasil  Cukai Taksiran dan Caruman Bantuan Kadar.
  2. Berusaha mengagihkan beban pembayar cukai ke tahap yang wajar dan berpatutan.
  3. Menentukan Nilai Tanah bagi maksud Caj Pemajuan
  4. Berusaha mempertingkatkan mutu pengurusan harta – harta Majlis dari segi kutipan sewaan dan penyelenggaraan ke tahap yang memuaskan semua pihak.
  5. Menyediakan cadangan dan kajian pembangunan tanah milik Majlis.
  6. Mempertingkatkan kualiti kerja ke arah kecemerlangan perkhidmatan.

 

2.1   FUNGSI TUGAS MENGIKUT BAHAGIAN DAN UNIT

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bertanggungjawab untuk memastikan pendapatan Majlis daripada aktiviti percukaian dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa sesuai dengan pembangunan yang semakin pesat dan membangun di dalam kawasan Bandaraya Ipoh. Selain itu juga menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan hartanah seperti berikut :-

2.1.1  BAHAGIAN PENILAIAN

  1. Penyediaan Senarai Nilaian baru bagi segala harta berkadar yang berada di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh untuk tujuan mengenakan cukai taksiran sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Seksyen. 127 & 137.
  2. Pindaan Kepada Senarai Nilaian Semasa melalui penilaian harta - harta baru dan pindaan kepada bangunan sedia ada bagi memastikan sistem percukaian Majlis Bandaraya Ipoh sentiasa terkini dan saksama.(Seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan 1976)
  3. Melaksanakan penilaian ke atas semua harta Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri & Badan - badan Berkanun bagi maksud tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK). (Artikal 156, Perlembagaan Persekutuan)
  4. Memproses dan memperakukan permohonan pengecualian / Pengurangan daripada bayaran cukai taksiran. (Seksyen 134/135)
  5. Pengendalian Mesyuarat Jawatankuasa Bantahan Dan Cukai Taksiran untuk mendengar dan menyiasat rayuan / bantahan terhadap cukai taksiran yang dicadangkan.(Seksyen 142 & 143(3)).
  6. Mempertimbangkan Elaun Kekosongan/Remisi Cukai Taksiran dibawah Seksyen 162.
  7. Menentukan Nilai Tanah bagi maksud Caj Pemajuan
  8. Memproses permohonan Pertukaran Nama Pembayar Cukai dan Alamat Surat Menyurat di dalam Senarai Nilaian.(Seksyen 160)
  9. Memproses Semakan Maklumat Harta - Harta Berkadar di dalam Senarai Nilaian Majlis oleh tuanpunya harta / peguam / perunding.
  10. Menguruskan Sistem Fail Pegangan Harta.

 

2.1.2  BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA

  1. Menguruskan penyewaan harta tanah komersial milik Majlis dan semua aspek pemasaran harta – harta Majlis.
  2. Menguruskan penyewaan rumah pangsa Kinta Heights, Jalan Bijih Timah, Jalan Silang, Rumah Pangsa Waller Court, Rumah Pangsa Sungai Pari Tower dan Rumah Pangsa Buntong Harmoni.
  3. Menguruskan penyelenggaraan hartanah Majlis.
  4. Melaksanakan penilaian untuk maksud Insurans bagi harta-harta tak alih, Penilaian Modal serta Sewaan Harta.
  5. Mencetak dan mengedarkan bil-bil sewaan kepada penyewa.
  6. Menyediaan perjanjian penyewaan dan membuat sitaan harta tanah milik Majlis 

 

2.1.3   BAHAGIAN PEMBANGUNAN HARTANAH

  1. Menguruskan proses pengambilan balik tanah bagi perlaksanaan projek Majlis
  2. Menguruskan permohonan pemberimilikan/perizaban tanah milik Majlis.
  3. Memproses, mengkaji dan melaksanakan setiap cadangan projek penswastaan pembangunan harta tanah milik Majlis.
  4. Menguruskan permohonan Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk projek penswastaan diatas tanah lapang dan rizab kerajaan.
  5. Mengemaskini rekod harta tanah lapang dan rizab milik Majlis.

 

               CARTA ORGANISASI JABATAN