MENU

OBJEKTIF

Menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa dan seimbang serta meninggikan taraf hidup bagi semua penduduk dalam kawasan Majlis dengan cara:

 

  • Menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas mencapai mutu kehidupan yang lebih selesa dan meningkatkan taraf hidup penduduk dalam kawasan Majlis.
  • Memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan perancangan pembangunan dalam semua bidang.
  • Menggalakan dan menyediakan kemudahan, rekreasi dan riadah awam.
  • Mengindahkan Bandaraya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan di samping menggalakan industri dan pentadbiran.
  • Menggalakan pertumbuhan industri dan perdagangan.
  • Berusaha mencapai objektif dan aspirasi kerajaan termasuk melaksanakan dasar Pembangunan Nasional.