MENU

VISI

Ke arah meningkatkan / mewujudkan kompetensi seterusnya mewujudkan pengurusan yang cekap lagi efisien agar sumber dapat digunakan secara optimum.

MISI

  • Merancang program auditan pengurusan, kewangan dan penyiasatan dengan sistematik, tepat, ketelusan maklumat boleh dibuat secara bebas, adil dan saksama kepada semua warga organisasi.
  • Memastikan program & aktiviti Majlis  dilaksanakan secara cekap, ekonomi dan efektif.

OBJEKTIF

  • Menentukan wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan.
  • Memastikan wujudnya sistem kawalan dalaman yang berkesan terhadap pungutan hasil, perbelanjaan, akaun/kumpulan wang amanah, pelaburan dan harta modal.
  • Menentukan pengurusan kewangan dibuat mengikut undang-undang, polisi dan peraturan yang ditetapkan.
  • Memastikan rekod yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini.
  • Semua sumber organisasi digunakan dengan cekap, berkesan dan ekonomi.

CARTA ORGANISASI UNIT AUDIT

 

FUNGSI UTAMA

 i) Menjalankan Auditan Kewangan

  • Auditan kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem pengurusan kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan segala perbelanjaan, hasil, aset dan setor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang telah ditetapkan.

 ii)    Menjalankan Auditan Prestasi

  • Auditan prestasi merangkumi penilaian terhadap sesuatu aktiviti atau program Majlis untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.  

 iii)  Menjalankan Audit Pematuhan/Audit Penyiasatan

  • Audit pematuhan/auditan penyiasatan dijalankan untuk Ketua Jabatan memantau dan mengesan perbuatan salahlaku, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan, membuat tindakan susulan ke atas aduan yang didapati berasas, menganggotai Jawatan Siasatan Tatatertib dan menjalankan siasatan berkaitan pelanggaran tatakelakuan (mengikut kesesuaian/sekiranya terdapat keperluan).

 iv)    Menjalankan auditan Pengurusan Pentadbiran

  • Menjalankan segala urusan-urusan pentadbiran di Unit Audit Dalam.