MENU

 

LATAR BELAKANG

Unit Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Buildings) mula beroperasi di Majlis Bandaraya Ipoh pada Ogos 2008. Unit ini bertanggungjawab mengawal selia kesempurnaan dan penyenggaraan semua jenis bangunan berhakmilik strata. Memastikan wujudnya kesedaran di antara pembeli/pemilik/pemaju/Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body – JMB) dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC), dengan menggunapakai Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) serta Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015. Unit ini juga memastikan peningkatan aspek penguatkuasaan dan perlaksanaan akta tersebut.

 

VISI 

Menjadi sebuah bahagian yang efisien dan profesional dalam memastikan kesempurnaan dan keberkesanan penyenggaraan dan pengurusan bagi semua jenis bangunan berstrata yang dilaksanakan oleh pihak pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau ejen.

 

MISI

Memastikan semua jenis bangunan berstrata adalah bersih, terurus dan harmoni melalui kawalseliaan yang efisien, penguatkuasaan yang ketat serta khidmat nasihat yang profesional.

 

OBJEKTIF 

  1. Memperkemaskan kaedah mengawal selia penyenggaraan dan pengurusan dengan berkesan bagi semua jenis bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata.
  2. Menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan serta mewujudkan kesedaran di antara pembeli/pemilik/pemaju/ Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body – JMB)/ Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC) berkenaan isu penyenggaraan dan pengurusan bangunan selaras kehendak Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757].
  3. Memperkemas dan meningkatkan aspek penguatkuasaan serta pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757].

 

FUNGSI

  1. Menyelia inventori kawasan pemajuan yang tertakluk di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757].
  2. Memastikan Badan Pengurusan Bersama ( Joint Management Body) diwujudkan di  setiap kawasan pemajuan.
  3. Menguruskan aduan-aduan dan masalah-masalah berkaitan pengurusan dan  penyenggaraan bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata.
  4. Menguatkuasakan perlaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757].

 

Alamat :  Unit Pesuruhjaya Bangunan                         Tel.    :    05 - 2083320
                  Majlis Bandaraya Ipoh,                           
                  Jalan Sultan Abdul Jalil,                                  Faks  :     05 - 2083568
                  Perak Darul Ridzuan.

 

CARTA ORGANISASI UNIT