MENU

IPOH:Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan meneruskan usaha melaksanakan Penilaian Penggredan Premis Makanan melibatkan premis makanan di bandaraya ini supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan berkualiti tinggi.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata pelaksanan penggredan premis makanan adalah melibatkan beberapa kriteria seperti penyediaan makanan, kawasan penyajian maknan, pengendali makanan dan sistem bekalan air.

“Kita mensasarkan premis 100 peratus mempunyai gred masing-masing bagaimanapun ia perlu menjalani penilaian yang sedikit rumit dan mengambil masa.

“Kita memberi penarafan Gred A, B,C dan D bagi setiap premis dan pengguna boleh menilai tahap kebersihan tempat makan,”katanya kepada media hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sijil kepada wakil 15 premis makanan yang diberi penarafan gred A sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat MBI hari ini.

Sehingga Mei 2017, sebanyak 245 (16.6 peratus) premis makanan telah dikenalpasti dan layak diberikan penarafan Gred A.

Manakala bagi premis yang mendapat Gred B adalah sebanyak 1,105 (74.7 peratus) dan Gred C sebanyak 129 (8.7 peratus).

Malah sebanyak 247 kompaun telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM55,400 atas pelbagai kesalahan sehingga 30 April tahun ini.

Sementara itu beliau turut menegaskan Majlis Bandaraya MBI tidak menerima sebarang rugutan dari orang ramai berkaitan pengurusan tapak Bazar Ramadhan sepanjang lima hari umat Islam berpuasa.

Katanya bagi kelancaran proses urusan berniaga pelbagai program termasuk mesyuarat diatur pihak majlis bersama pengajur dan para peniaga tapak bazar.

“Kita mahu barangan yang dijual adalah berkualiti, bersih dan terjamin buat semua para pengguna,”katanya.

Tambahnya lagi para peniaga perlu mengikuti peraturan yang ditetapkaj terutamanya melibatkan kualiti makanan.

“Unit kesihatan sentiasa memantau seluruh kawasan bazar Ramadhan malah bagi bandaraya ini MBI menyediakan ruang khas bagi tujuan keselamatan dan ruang legar buat pengguna,” katanya.

kredit : http://peraktoday.com.my/2017/05/245-premis-makanan-di-ipoh-dapat-penarafan-gred-a/