MENU

Semua wargakota dijemput untuk meluangkan masa ke Program Ipoh Car Free Day yang akan berlangsung pada Ahad ini 27 Ogos 2017 bertempat di Jalan Raja Dihilir, Ipoh Perak.

MASA:
- 7.00 pagi hingga 10.00 pagi (Aktiviti Berlangsung)
- 6.30 pagi hingga 10.30 pagi (Penutupan jalan)

TEMA SAMBUTAN BULAN OGOS:
- Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 (31 Ogos 2017)

AKTIVITI-AKTIVITI:

  • Langkah Patriotik dihadapan khemah urusetia – Penyertaan untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah dengan berpakaian patriotik. Peserta akan diberikan goodies serta berpeluang memenangi hadiah pilihan juri dan cabutan bertuah. Penyertaan adalah percuma
  • Pameran Buku-Buku Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak bawah 12 tahun), Pop Kuiz Kemerdekaan dan Photo Booth oleh Perpustakaan Tun Razak, MBI
  • Program “Ini Negara Perjuangan” di booth ISMA – Penurunan Tandatangan Solidariti Merdeka, Edaran Jalur Gemilang, Street Soccer Merdeka (4 sebelah) dan Sembang Merdeka bertajuk “Perjuangan Yang Terpadam”
  • Perarakan Jalur Gemilang dan Sepandok mempromosi Budaya Kitar Semula serta Menjaga Kebersihan Bandaraya Ipoh oleh Ipoh City Watch, KOHIJAU dan Kelab Rotary SMK Jalan Tasik, Ipoh
  • Pengedaran 1000 unit Biodegradable Paper Bag dibawah Environmental Project oleh Lion Club of Ipoh Heritage
  • Promosi Pangkor International Development Dialogue oleh IDR
  • Promosi dan Pendaftaran Kayuhan Merdeka oleh MBI
  • Kayuhan basikal tandem dan “Family Car” oleh MICA
  • Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital KPJ
  • Karaoke lagu-lagu patriotik dikhemah urusetia
  • Pelbagai aktiviti patriotic, pameran dan permainan interaktif di booth JKKN, Perpustakaan Awam Negeri Perak, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Bomba dan Penyelamat, SWCorp, Kolej Teknoloji Perak dan pelbagai agensi lain.

KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KERETA:

  • Pengunjung digalakkan datang ke kawasan CFD dengan cara berbasikal atau berjalan kaki agar matlamat merendahkan pelepasan karbon di bandaraya ini dapat dicapai dengan berkesan.
  • Walau bagaimanapun, Kemudahan tempat letak kereta yang boleh digunakan sekiranya menaiki kenderaan adalah di Ipoh Parade, Kawasan Perniagaan Greentown, Padang Abdul Jalil, Padang Sultan Abdul Aziz, Kawasan Tempat Letak Kereta KPJ di Lebuh Lasam, sepanjang Lebuh Ceylon bersebelahan Sekolah Raja Taayah, sepanjang Jalan Kelab Golf berhampiran Hotel Heritage, disepanjang Jalan Sturrock berhampiran kawasan Hotel Seri Malaysia serta sepanjang Jalan Jalan Caldwell berhampiran Perpustakaan Negeri dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Perak

Jumpa Di Sana!