MENU

IPOH, 16 DISEMBER 2016 - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, telah menyempurnakan Majlis Apresiasi Dan Pra Pelancaran 1serve@Utc Perak.

Pada majlis tersebut juga,  beliau juga turut melancarkan Buku Coffee Table “NBOS @JPA: Horizon Baharu Perkhidmatan Awam” dan penyampaian sijil penghargaan kepada 53 penerima terdiri daripada Agensi Pelaksana, Champion, Penyelia, Petugas Barisan Hadapan, Tenaga Pengajar 1SERVE dan kumpulan Teknikal agensi-agensi Pelaksana 1SERVE.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut, Timbalan Ketua Pengarah YBhg. Dato’ Sabariah Binti Hassan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, dan Datuk Badar Ipoh, YBhg. Dato’ Zambri Bin Man.

“1Serve merupakan tranformasi perkhidmatan kaunter kerajaan yang sebelum  ini mengamalkan konsep satu kaunter untuk satu perkhidmatan kepada 1 kaunter pelbagai perkhidmatan pelbagai agensi. Sehubungan degan itu, prinsip utama pelaksanaan adalah untuk memberi perkhidmatan berimpak tinggi, meminimumkan kos, gerak kerja yang pantas dan meningkatkan kepuasan pelanggan melalui sistem penyampaian petugas barisan hadapan”  kata YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ketika ucapan beliau juga berkata, inisiatif 1serve ini akan memberikan perkhidmatan lebih pantas kepada klien agensi yang berurusan di kaunter.

Diakhir ucapan  beliau berharap agar penjawat awam khususnya dapat bekerja sebagai satu pasukan kerana ia akan memberi banyak kelebihan apabila saling bergabung aspek dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta komitmen.   

Perluasan inisiatif 1SERVE bagi tahun 2016 terbahagi kepada dua (2) peringkat iaitu Peringkat Agensi dan Peringkat Pelbagai Agensi.

Untuk perluasan di peringkat agensi pada tahun 2016, sebanyak 34 agensi telah dikenalpasti dan terdiri daripada agensi di bawah agensi pelaksana (rintis) 1SERVE pada tahun 2015.

Manakala bagi perluasan di peringkat pelbagai agensi pula, selain dari kaunter 1SERVE  JPA4U, dua (2) lagi lokasi telah dikenalpasti iaitu UTC Perak dan UTC Sungai Petani. Perluasan ini akan melibatkan empat (4) agensi iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sehubungan itu, pelakasanaan inisiatif 1SERVE di UTC Perak dan UTC Sungai Petani akan dijadikan sebagai tanda aras model baharu dalam pelaksanaan perkhidmatan kaunter pelbagai agensi di UTC baharu pada masa hadapan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, ketika menyampaikan ucapan perasmian  di  Majlis Apresiasi Dan Pra Pelancaran 1serve@Utc Perak.
 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menyempurnkan majlis pelancaran 1SERVE@UTC PERAK.
 

Majlis penyampaian sijil penghargaan kepada 53 penerima terdiri daripada Agensi Pelaksana, Champion, Penyelia, Petugas Barisan Hadapan, Tenaga Pengajar 1SERVE.
 

YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal melancarkan Buku Coffee Table “NBOS @JPA Horizon Baharu Perkhidmatan Awam” .
 

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan ketika menyampaikan ucapan di Majlis Apresiasi 1Serve dan Pra Pelancaran 1Serve@UTC Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.