MENU

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan meningkatkan operasi menangkap anjing liar di sekitar kawasan bandar raya bagi mengekang penularan penyakit anjing gila atau rabies selepas kes pertama di Perak dikesan di Kuala Sepetang, Taiping.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, pendekatan tersebut juga dilakukan bagi meredakan ketakutan orang ramai berkaitan wabak yang boleh meragut nyawa itu.

"Anjing-anjing liar dan terbiar yang ditangkap akan dilupuskan jika dikesan berpotensi membawa penyakit manakala yang tidak membawa penyakit, kita akan lepaskan di tempat tertentu," katanya.

Zamri bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-Royong Sempena Kempen Perak Bersih di Taman Dr Seenivagasam di sini, hari ini, bersama 1,000 individu terdiri daripada warga bandar raya dan kakitangan MBI.

kredit : https://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp…