MENU

Majlis Bandaraya Ipoh telah muncul sebagai johan keseluruhan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan dengan menjuarai 8 acara sukan daripada 10 acara yang dipertandingkan bermula dari 17 hingga 19 November lalu di Kampar.

Keputusan tersebut dicapai selepas MBI berjaya menjadi juara dalam 8 acara iaitu boling,golf,karom,dart,ping pong,tarik tali,badminton dan ibu segala kejuaraan iaitu bola sepak dengan mengalahkan 15 pasukan lain daripada 14 PBT seluruh negeri Perak dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak.

Antara pasukan yang turut menyertai sukan berkenaan adalah Majlis Perbandaran Manjung  (MPM), Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Majlis Daerah Grik, Majlis Daerah Lenggong, Majlis Daerah Perak Tengah, Majlis Daerah Batu Gajah, Majlis Daerah Tanjung Malim dan Majlis Daerah Selama.

Menurut Dato Zamri Man, Datuk Bandar Ipoh, kejayaan berkenaan adalah hasil kerjasama berpasukan daripada semua atlit yang terlibat serta sokongan keseluruhan warga MBI.

Beliau yang juga penaung kontijen MBI merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kemenangan yang diraih oleh MBI.

Menurut beliau lagi, kemenangan paling manis adalah apabila menjuarai ibu segala pingat iaitu bolasepak setelah menewaskan pasukan Majlis Perbandaran Teluk Intan dengan jaringan 1-0.

Sukan Pihak Berkuasa Tempatan yang diadakan secara dwi tahunan ini merupakan salah satu acara sukan yang berprestij di peringkat kerajaan tempatan selain daripada Sukan MAKSAK dan lain-lain kejohanan sempamanya. MBI telah berjaya merangkul juara keseluruhan Sukan PBT sejak bermulanya kejohanan iaitu pada pada tahun 2009, 2011, 2013 dan 2015.

Sejumlah 175 orang atlet dan urus setia kontinjen yang diselaraskan oleh Tuan Setiausaha,Encik Mohd Zakuan bin Haji Zakaria selaku Chef de Mission terdiri daripada  setiap jabatan dan lapisan jawatan telah menyertai 10 acara yang dipertandingkan pada edisi kali ini. Antaranya  acara boling yang mana Datuk Bandar, Setiausaha Bandaraya dan Pengarah Kewangan MBI turut mewakili MBI dan berjaya menjuarai acara tersebut. Datuk Bandar juga mewakili MBI dalam acara golf. Kejohanan edisi kali ini yang memperkenalkan sistem baharu untuk menentukan juara keseluruhan menyaksikan kontinjen MBI meraih 900 mata daripada 1000 mata yang ditawarkan.

Semoga kejayaan ini akan terus mengekalkan prestasi dan kejayaan MBI di negeri Perak dan Malaysia.

MAJLIS BANDARAYA IPOH