MENU

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjuarai Kejohanan Liga Perdana Hoki TNB Perak selepas membelasah pasukan Politeknik Ungku Omar 9-1 pada perlawanan akhir sebentar tadi.

MBI membawa pulang wang tunai RM1,500, Piala Pusingan, Piala Iringan serta medal.

Di peringkat separuh akhir yang berlangsung semalam, MBI menewaskan Pasukan Hoki Manjung dengan jaringan 4-1.

Pasukan yang dibimbing oleh Pengurus Pasukan, Azahari Effendy Abd Rahim itu juga telah mencapai kejuaraan buat kali pertama setelah muncul naib juara pada edisi tahun lalu.

Pasukan MBI juga muncul naib juara pada Kejohanan 6 Sebelah Antarabangsa di Pengkalan Hulu di samping maib juara pada Kejohanan Piala Universiti Sultan Azlan Shah tahun ini.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, pertandingan itu juga adalah antara sesi pemanas badan bagi menghadapi Kejohanan Liga Hoki Kebangsaan (Divisyen 1) TNB pada tahun 2018.