MENU

Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan Undang-Undang Kecil Taman secara berhemah demi keselesaan pengunjung khususnya taman rekreasi di Bandaraya Ipoh.

Dari Januari hingga September 2016, sejumlah 25 sitaan bernilai RM8,550 telah dijalankan di taman rekreasi sekitar Bandaraya Ipoh.

MBI tidak boleh hanya mengutamakan segelintir peminat sukan semata-mata seperti peminat basikal bermotor dan menafikan kehendak penguna taman yang lain. Ini kerana ruang taman yang terhad serta peruntukan perundangan sediada tidak membenarkan aktiviti sedemikian di dalam kawasan taman rekreasi utama.

MBI banyak belajar dari pengalaman di Dataran Stesen dan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz yang mana MBI dilabelkan hilang kawalan ke atas kawasan awam seliaan MBI.

Walau bagaimana pun, bagi memenuhi kehendak pengguna yang mahukan kemudahan berbasikal biasa, MBI sedang dalam meningkatkan bilangan basikal untuk di sewa samada untuk kanak-kanak dan dewasa di Taman D.R Seenivasagam

Sehubungan dengan itu, Majlis Bandaraya Ipoh memohon kerjasama semua pihak untuk lebih memahami dan menyokong tindakan MBI dalam melaksanakan peraturan dan dasar sediada demi kesejahteraan wargakota Ipoh.

Kerjasama berpasukan MBI dan wargakota Ipoh adalah pemangkin dalam membangunkan Bandaraya Ipoh yang Bersih, Hijau dan Maju.