MENU

Majlis Bandaraya Ipoh telah merangkul Anugerah Emas Tandas Terbaik Kategori Pejabat Kerajaan sempena Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1 Malaysia 2016 Karnival KPKT 2016 anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Dataran Merdeka.

Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria telah mewakili Majlis Bandaraya Ipoh menerima anugerah tersebut daripada Yang Berhormat Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Tandas yang menjadi kebanggaan warga MBI ini yang terletak di Bahagian Perkhidmatan Bandar MBI di Buntong  telah diilhamkan sendiri oleh Dato' Zamri Man, Datuk Bandar Ipoh.

MBI juga telah memperolehi Anugerah Emas bagi tandas awam Restoran Tandoor Grill serta Anugerah Perak bagi tandas Masjid Muhammadiah, Kompleks AEON Klebang dan Stesyen Minyak Jalan Kuala Kangsar.

Kejayaan ini adalah rentetan kecemerlangan kerja berpasukan Datuk Bandar, Setiausaha Bandaraya, Ahlimajlis, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan dan keseluruhan anggota Majlis Bandaraya Ipoh.

Semoga kejayaan ini akan membakar semangat warga Majlis  Bandaraya Ipoh untuk meletakkan MBI di dalam kelompok 3 Pihak Berkuasa Tempatan terbaik di Malaysia.