MENU

#INILAH BARISAN KITA

16 November 2017-Dato Zamri Man, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan pelepasan kontijen Sukan PBT MBI 2017 ke Kampar pada 17-19 November 2017 dengan misi untuk mengekalkan status juara keseluruhan Sukan PBT.

Sukan Pihak Berkuasa Tempatan yang diadakan secara dwi tahunan ini merupakan salah satu acara sukan yang berprestij di lapisan kerajaan tempatan selain daripada Sukan MAKSAK dan lain-lain kejohanan sempamanya. MBI telah berjaya merangkul juara keseluruhan Sukan PBT pada tahun 2009, 2011, 2013 dan 2013.

Sejumlah 175 orang atlet yang digabungkan daripada  setiap jabatan dan lapisan jawatan akan menyertai 10 acara yang dipertadingkan pada edisi kali ini. Antaranya bagi acara bowling yang mana Datuk Bandar, Setiausaha Bandaraya dan Pengarah Kewangan turut mewakili MBI dan telah pun berjaya merangkul pingat emas. Datuk Bandar juga mewakili MBI dalam acara golf.

Menurut Dato Zamri Man, kerjasama berpasukan  merupakan tonggak kekuatan kejayaan MBi selama ini.

Semoga kejayaan ini akan terus mengekalkan prestasi dan kejayaan MBI di negeri Perak dan Malaysia.

MAJLIS BANDARAYA IPOH