MENU

IPOH:Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima sekitar 30 aduan berkaitan pelbagai masalah dihadapi penduduk terutamanya berkaitan dengan masalah anjing liar di sekitar kawasan Tawas dan Pengkalan di sini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam MBI Mohd Syahrizal Azmi, aduan tersebut diterima pihaknya menerusi penganjuran Hari Bertemu Pelanggan bertempat di ruang legar Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini pada Selasa.

Jelasnya lagi, pihak MBI akan mengambil maklum setiap aduan yang diterima dan akan cuba membantu menyelesaikannya dengan kadar segera.

Terdahulu orang ramai berpeluang mendapatkan maklumat dan membuat sebarang aduan mengenai perkhidmatan MBI pada hari Selasa minggu pertama setiap bulan.

“Mereka juga berkesempatan boleh bertemu dengan pegawai MBI yang bertugas di kaunter yang disediakan mulai pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Hasil tinjauan mendapati kaunter MBI tidak putus-putus menerima kunjungan daripada orang awam yang membawa bersama pelbagai maklumat aduan masing-masing sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Terdahulu lebih 30 aduan diterima pihak MBI hari turut merangkumi masalah berkaitan penyelenggaran longkang,pembersihan semak-samun serta cukai taksiran.

“Orang ramai juga berpeluang memberi maklum balas, aduan dan respon kepada mana-mana agensi serta jabatan berkenaan,” katanya.

Sebanyak 10 wakil jabatan MBI bertugas di setiap kaunter yang disediakan melibatkan Pelbagai jabatan seperti Kesihatan, Kejuruteraan,Landskap, Pembangunan Masyarakat dan Penguatkuasa.

Hari Bertemu Pelanggan MBI telah diadakan sejak lima tahun lalu bertempat di ruang legar MBI bagi memberi peluang kepada orang awam membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan masalah dibawah kelolaan pihak MBI.

Kredit : https://peraktoday.com.my/2017/12/mbi-terima-banyak-aduan-mengenai-masalah-anjing-liar/