MENU

IPOH: Sebanyak 16 agensi kerajaan di seluruh negara layak menerima sijil pematuhan Sistem Perakaunan Standard Bagi Agensi Kerajaan (SAGA) pada tahun ini.

Pengarah Bahagian Khidmat Perunding Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin, berkata sistem perakaunan agensi berkenaan diiktiraf setelah memenuhi 19 kriteria pematuhan SAGA.

Sejak sijil pematuhan itu dilancarkan pada tahun 2011, sebanyak 120 agensi kerajaan sudah menerima sijil berkenaan. "Kami mempunyai lebih 400 pelanggan membabitkan agensi kerajaan dengan sasaran 30 agensi menerima sijil pematuhan setiap tahun. Setakat ini, 120 agensi sudah menerima sijil berkenaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Consultancy Management System (COMS) dan penyerahan sijil SAGA yang disempurnakan oleh Akauntan Negara, Datuk Che Pee Samsudin.

Pada majlis itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk menerima sijil SAGA, sekali gus menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama memperoleh sijil pematuhan berkenaan.

Kredit : http://www.bharian.com.my