MENU

IPOH: Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menasihati warga bandar itu agar sama-sama bertanggung jawab memastikan kebersihan tandas-tandas awam sentiasa berada dalam keadaan baik.

Menurut beliau, para masyarakat harus memikirkan keselesaan untuk orang ramai akan berkongsi kemudahan berkenaan.

“Saya menyeru kepada semua warga kota agar kita memulakan amalan penjagaan kebersihan tandas ini dari rumah,” katanya dalam Program Turun Padang Datuk Bandar ke Tandas Awam Sekitar Bandar Raya di Medan Selera Dato Sagor, di sini, pada Selasa.

Tambah Zamri, MBI akan menarik lesen perniagaan sekiranya mendapati sesebuah premis tidak menjaga kebersihan tandas mereka.

Selain itu, beliau berkata, sehingga Ogos 2017, daripada 2096 tandas, sebanyak 915  (40%) telah dinilai tahap kebersihanya.

“Daripada penilaian tersebut, hanya 10% yang mencapai tahap 5 bintang manakala, hampir 90% masih mencapai tahap 3 bintang.

“Walaupun penilaiannya cukup ketat namun, setelah berbincang, sehingga hujung tahun ini, kita mensasarkan sekurang-kurangnya 1400 tandas berjaya diperiksa dan daripada itu, lebih kurang 700 tandas berada pada tahap 4 dan 5 bintang,” katanya.

Ujarnya lagi, untuk tahun ini, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan juga  telah mengemukakan penyertaan pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia Peringkat Kebangsaan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk tahun ini di mana daripada 11 calon, 7 kategori yang akan dipertandingkan.

Dalam pada itu, Zamri juga menyeru kepada pengusaha tandas agar tidak mengunci premis tandas mereka khususnya yang berada di kawasan tumpuan umum kecuali, tandas-tandas yang dipantau seperti untuk kegunaan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Program yang mensasarkan lima tandas awam ini termasuk tandas awam di sini, Taman D.R Seenivasagam dan Medan Selera Jalan Hospital ini bersempena dengan kempen Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mensasarkan Perak sebagai negeri terbersih.

Program yang diadakan setiap bulan ini disertai 16 orang Ahli Majlis MBI yang akan mengetuai pemeriksaan tandas di seluruh kawasan zon masing-masing.

kredit : https://peraktoday.com.my/2017/10/mulakan-sikap-jaga-kebersihan-tandas-bermula-dari-rumah/