MENU

 

Sempena Ulang Tahun Bandaraya Ipoh yang ke-30 pada 2018, pihak Majlis Bandaraya Ipoh amat berbesar hati menawarkan Pas Bulanan Letak Kereta bagi bulan Januari 2018 dengan harga / kadar serendah RM30.00 dan hanya terhad kepada 20,000 pemilik pegangan harta yang terawal tanpa tunggakan cukai taksiran.

 

Tawaran istimewa ini akan disertakan di dalam Bil Cukai Taksiran Penggal Pertama 2018 yang dijadualkan diterima oleh Pemilik Pegangan Harta pada pertengahan bulan November 2017 ini.

 

Oleh itu, rebutlah peluang keemasan ini dengan menjelaskan bayaran cukai taksiran dengan kadar segera kerana tempoh penggunaan pas letak kereta adalah terhad sepanjang bulan Januari 2018 sahaja.