MENU

Pengunjung Gerai Sementara Medan Selera Stadium Perak berpuas hati dengan keadaan Gerai Sementara Medan Selera Stadium Perak sementara menunggu kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf Medan Selera tersebut siap sepenuhnya.

Para peniaga telah ditempatkan di gerai sementara berkenaan di tempat letak kereta di Stadium Perak sejak 5 September 2017.

Sejumlah 70 gerai akan diselenggara dan dinaiktaraf secara berperingkat-peringkat selama 5 bulan dan dijangka siap sepenuhnya pada 30  April 2018.

Medan Selera baru yang bernilai RM2.1 juta ini akan melibatkan kerja-kerja pembinaan keseluruhan medan selera tersebut termasuk bumbung dan lantai, paip air, pendawaian dan pemasangan elektrik serta sinki basuh tangan.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, sesuai dengan status Ipoh Bandaraya yang Terbersih di Malaysia dan MBI sebagai PBT Terbaik di Malaysia maka sudah pasti Medan Selera yang terbaik perlu disediakan kepada pengunjung Stadium Perak yang merupakan lokasi peminat bolasepak Perak yang sentiasa mengunjungi Medan Selera tersebut pada setiap perlawanan bolasepak serta menjadi tumpuan wargakota Ipoh untuk menikmati makanan secara santai.

Semoga Medan Selera yang baru ini akan menjadi contoh Medan Selera yang bersih dan terbaik di Bandaraya Ipoh.

MAJLIS BANDARAYA IPOH