MENU

1.4.2017 - Lebih 8,000 wargakota Ipoh telah menyertai Program Perak Yang Bersih yang telah dijalankan serentak oleh Majlis Bandaraya Ipoh di 9 zon Ahli Majlis MBI. Ini merupakan pelaksanaan peringkat pertama di Majlis Bandaraya Ipoh selaras dengan Pelancaran Perak Yang Bersih peringkat Negeri yang telah disempurnakan oleh YAB MB pd 31/3/2017. Lokasi-lokasi yang terlibat adalah Tanjung Rambutan, Bercham, Taman Golf, Pekan Razaki, Ampang, Kg. Sengat, Taman Kledang Sentosa, Pengkalan Gate & Tmn. Klebang Jaya. Program yang mendapat sambutan menggalakkan ini telah menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.

Bagi pelancaran gotong-royong Perak Yang Bersih di Zon 4 (Tambun) telah mencatatkan kehadiran sejumlah 2000 org peserta melibatkan JKK Kampung, Pemuda  BN, Pasukan Gerakan Am, Rukun Tertangga, pelajar Kolej KSKB Ulu Kinta, anggota MBI serta penduduk kawasan. Gimik pelancaran program berkenaan telah disempurnakan oleh YB Aminuddin Md Hanafiah, ADUN Hulu Kinta. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis Zon berkenaan, Clr Mazlan, Komander PGA dan Pengarah Kolej KSKB.

Bagi pelancaran bagi Zon 2 (Klebang), ia telah diadakan di Taman Klebang Jaya yang disempurnakan oleh YB Ziad, ADUN Manjoi.

Pelbagai aktiviti telah diadakan selain daripada gotong-royong seperti senamrobik dan pameran kesihatan, kempen hapuskan denggi, kempen recycling dan Kempen Larangan Penggunaan Beg Plastik dan penanaman pokok.

Program ini seumpama ini akan dijalankan di zon-zon lain Ahli majlis secara berterusan dalam usaha untuk mencapai hasrat menjadikan Perak negeri yang terbersih serta memberi kesedaran kepada wargakota Ipoh tentang pentingnya menjaga kebersihan yang seharusnya menjadi tanggungjawab bersama. Bagi tahun 2017, MBI telah melsksanakan sebanyak 34 program gotong royong yang dipantau terus oleh Dato Bandar Ipoh, Dato Zamri Man.

MAJLIS BANDARAYA IPOH