MENU

Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan KAYUHAN MERDEKA MAJLIS BANDARAYA IPOH 2016 seperti maklumat berikut:

TARIKH : 30 OGOS 2016 (SELASA)
YURAN : RM 30 SEORANG
TEMPAT BERKUMPUL : DATARAN BANDARAYA IPOH, GREENTOWN (Jam 7.00 malam )
MASA PELEPASAN : 9.00 malam (tertakluk kepada pindaan)

SYARAT DAN INFO
- Penyertaan adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk dari luar negara.
- Penyertaan bagi umur bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran dari keluarga/penjaga terlebih dahulu.
- PENDAFTARAN BOLEH DILAKUKAN SECARA INDIVIDU @ BERKUMPULAN.
- YURAN PENDAFTARAN RM30* bagi setiap peserta.
- Pendaftaran boleh dibuat sehingga *25 Ogos 2016* dan pengambilan "Goodies" adalah pada *27 Ogos 2016 hingga 29 Ogos 2016* di Lobi Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh, Greentown, Ipoh.
- "Goodies" + T-Shirt + lain-lain barangan terhad kepada 1,000 penyertaan terawal sahaja.
- Penggunaan sebarang jenis basikal adalah dibenarkan.
- Pemakaian T-shirt yang dibekalkan dan helmet keselamatan adalah diwajibkan.
- Bayaran perlu dikemukakan *semasa* penyerahan borang pendaftaran dan resit bayaran juga perlu dibawa semasa pengambilan "Goodies".
- 50 Hadiah Cabutan Bertuah termasuk televisyen 50", basikal,telefon bimbit, barangan elektrik dan hamper sedang menanti peserta yang bertuah.

 

Daftar Atas Talian Telahpun Ditutup, Hubungi Urusetia  Untuk Info Lanjut.

Anda juga boleh muat turun borang dan hantar penyertaan ke kayuhanmerdeka@mbi.gov.my atau pos dan hantar sendiri ke:
Jawatankuasa Pendaftaran Kayuhan Merdeka 2016
Tingkat 4, Majlis Bandaraya Ipoh
Greentown 30450 Ipoh

Untuk sebarang pertanyaan:
URUSETIA: 05-2083313/3308 (Hakimi/Reani)