MENU

IPOH – FUKUOKA, JEPUN

  • Sejak tahun 1988 lagi Majlis Bandaraya Ipoh telah menjalinkan hubungan baik dengan Bandaraya Fukuoka, Jepun dengan mengadakan beberapa program seperti kebudayaan, sukan, lawatan dan sebagainya.
  • Pada 21 Mac 1989, Y. Bhg. Dato' Haji Umar bin Haji Abu, Datuk Bandar Ipoh yang pertama bersama En. Keiichi Kuwahara, Datuk Bandar Fukuoka, Jepun telah menandatangani satu surat perjanjian Program Bandar Raya Berkembar Ipoh – Fukuoka, Jepun. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Y.A.B Dato' Seri Haji Ramli bin Ngah Talib dan Pengerusi Bandar Raya Fukuoka, En. Hirotaro Yamasaki. Majlis tersebut telah berlangsung di Tingkat 10, Dewan Azlan Shah, Majlis Bandaraya Ipoh.
  • Tujuan mengadakan hubungan kerjasama ini adalah untuk memperkukuhkan dan memajukan perkongsian serta kerjasama diantara dua Bandar Raya bagi mempromosikan kesefahaman diantara rakyat Malaysia dan Jepun. Hubungan ini menjalankan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi, kebudayaan, sukan, pendidikan dan sebagainya.
  • Berikutan dengan itu, beberapa program telah dijalankan dan dilaksanakan sehingga kini seperti Konvensyen Kanak-Kanak Asia Pasifik (APCC), Pertukaran Pelajar Ipoh – Fukuoka, Program Kerjasama JICA, Pertukaran Belia Ipoh – Fukuoka, Lawatan-lawatan rasmi dan sebagainya.
  • Program Pertukaran Pelajar Ipoh – Fukuoka dan Program Konvensyen Kanak-Kanak Asia Pasifik merupakan program tahunan yang akan diadakan setiap tahun. Kedua-dua program ini merupakan program kerjasama diantara Majlis Bandaraya Ipoh dengan Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan pihak Bandar Raya Fukuoka, Jepun sendiri.
  • Pada 2009 yang lalu, genaplah 20 tahun hubungan baik diantara Bandar Raya Ipoh dengan Bandar Raya Fukuoka. Kedua-dua Bandar Raya telah berbincang dan bersetuju untuk mengadakan sambutan Ulang Tahun ke 20 Bandar Raya Berkembar. Beberapa program telah diatur oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh terutama Lawatan Rasmi Delegasi Datuk Bandar Fukuoka, Jepun ke Bandar Raya Ipoh pada 1 Oktober 2009 – 3 Oktober 2009 dan Pameran Sains, Teknologi & Aerospace bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh
  • Pertunjukan Robotik yang dibawa khas dari Bandar Raya Fukuoka, Jepun juga mengadakan persembahan di pameran tersebut. Pameran tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar-pelajar sekolah di sekitar Bandar Raya Ipoh dan juga penduduk di Bandar Raya Ipoh