MENU

PROGRAM BANDAR RAYA PERSAHABATAN IPOH - MEDAN

  • Majlis Bandaraya Ipoh menjalinkan hubungan Bandar Raya Persahabatan dengan Kota Medan pada 28 Ogos 2009. Majlis menandatangani surat perjanjian tersebut telah diadakan pada di Restoran Simpang Tiga dan ditandatangani oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Roshidi bin Haji Hashim, Datuk Bandar Ipoh bersama-sama Drs. Dzulmi Eldin S., Sekretaris Daerah Kota Medan dengan disaksikan oleh Menteri Besar Perak, Y.A.B. Dato’ Dr. Zambry bin Abdul Kadir.
  • Pengwujudan hubungan Bandar Raya Persahabatan ini dibuat berdasarkan kesaksamaan dan kepentingan bersama dengan tujuan untuk memperkukuhkan dan memajukan perkongsian serta kerjasama antara dua Bandar Raya bagi mempromosikan kesefahaman dan persahabatan antara rakyat Malaysia dan Indonesia.
  • Hubungan persahabatan ini menjalankan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, sains & teknologi, kebudayaan, sukan, kesihatan, pendidikan dan lain-lain bidang.
  • Pada tarikh tersebut juga merupakan perasmian Restoran Simpang Tiga yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah 

Beberapa program telah dijalankan sepanjang tahun 2009 dan diantaranya ialah:

LAWATAN DATUK BANDAR IPOH KE MEDAN, INDONESIA