MENU

PENGENALAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 (LA 21)

 

 

 

PENGENALAN

            Pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga. Selain itu, ia juga menyatupadukan keutamaan ekonomi, sosial dan alam sekitar

 

AGENDA 21 : KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN

            Untuk meningkatkan kualiti sosial, ekonomi dan alam sekitar penempatan manusia, dan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk didiami oleh semua, terutamanya penduduk di Bandar dan miskin luar Bandar.

 

PEMBANGUNAN MAMPAN : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Bab 28 : Inisiatif PBT Dalam Menyokong Agenda 21
             Oleh sebab kebanyakan masalah dan penyelesaian yang ditangani oleh Agenda 21 berakar umbi dalam kegiatan tempatan, maka penyertaan dan kerjasama PBT menjadi factor penentu bagi mencapai matlamat ini

 

MEKANISMA PERANCANGAN

             Mewujudkan keseimbangan antara pembangunan fizikal dengan pembangunan insan dari aspek spiritual dan nilai-nilai kemanusiaan untuk pembangunan yang seimbang

 

PERANAN PIHAK YANG BERKEPENTINGAN

 

PBT

Merupakan peneraju utama dalam mekanisma perkongsian Local Agenda 21. Membantu lain-lain pihak yang berkepentingan memahami isu dan kekangan yang menghalang kepada penyelesaian permasalahan tersebut

AHLI MAJLIS

Berperanan aktif dalam perkongsian LA21. LA21 turut menyediakan peluang kepada Ahli Majlis yang proaktif untuk mengukuhkan kehadiran dan peranan mereka di kalangan komuniti

SEKTOR SWASTA

Banyak syarikat sektor swasta dan industri mempunyai impak secara langsung terhadap permasalahan alam sekitar, seperti masalah pencemaran dan bahan sisa yang timbul akibat wujudkan industry di kawasan perbandaran. Sebaliknya terdapat juga aktiviti industry yang dilihat boleh menyumbang kepada perlindungan alam sekitar.

LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN

Memberikan pandangan berguna terhadap isu-isu dan permasalahan dalam konteks yang lebih luas yang berlaku di bandar berkenaan kepada masyarakat dan pihak yang berkepentingan

KOMUNITI

Anggota masyarakat terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai kepentingan dan latar belakang. Wakil anggota masyarakat akan menyampaikan pandangan masing-masing dalam perkongsian LA21 dan membawa revolusi LA21 kembali ke masyarakat dan kejiranan masing-masing