MENU

Perkhidmatan Percuma Pungutan Sampah Sarap Kebun, Ranting-Ranting Kayu Dan Perabot Lama

  1. Bermula 1 Januari 1997, Majlis Bandaraya Ipoh memberikan perkhidmatan percuma pungutan sampah sarap kebun, ranting-ranting kayu, perabot lama dan lain-lain kepada semua kawasan dalam bandaraya Ipoh.
  2. Perkhidmatan ini diberikan kepada kawasan berikut:
    • Sekolah-sekolah.
    • Kawasan kediaman dan perdagangan; dan
    • Kampung Tradisi, Kampung Baru dan Kampung Tersusun.
  3. Perkhidmatan percuma ini diberikan sebulan sekali bagi setiap kawasan dan tarikh pungutan setiap bulan adalah seperti dalam jadual yang disediakan. Sekiranya tarikh pungutan yang ditetapkan itu jatuh pada hari Ahad, maka pungutan akan dibuat pada keesokan harinya. Perkhidmatan ini akan terus diberi setiap bulan.
  4. Bagi menjaya dan memudahkan pungutan oleh lori Majlis Bandaraya Ipoh, orang ramai diminta bekerjasama dan mematuhi peraturan-peraturan berikut :
    • Membungkus dengan baik dalam beg plastik rumput dan daun yang telah dipotong.
    • Ranting-ranting kayu hendaklah dipotong kepada saiz kecil dan diikat dengan baik.
    • Alat-alat perabot lama peti sejuk dan televisyen lama/rosak hendaklah diletak di depan / di tepi pagar rumah.
    • Tunggul pokok dan pohon-pohon pokok besar tidak akan di pungut.
  5. Sila hubungi :
    Bahagian Perkhidmatan Bandar,
    Jalan Sg. Pari, 30100 Buntong,(Tel : 05-2540096)
    untuk keterangan lanjut mengenai tarikh pungutan setiap kawasan tertentu.

DENDA
SESIAPA YANG DIDAPATI MEMBAKAR SAMPAH KEBUN SELEPAS 1 JANUARI 1997, AKAN DIKENAKAN KOMPAUN MAKSIMA RM250.00 HOTLINE Majlis Bandaraya Ipoh
Waktu Pejabat (8.00pg - 4.30ptg) - 05-2552121/2551515
Penguatkuasa (8.00pg - 10.00mlm) - 05-2552880