MENU

Sejarah:

Pemasangan CCTV di bandaraya Ipoh ini bermula apabila kertas kerja Pelaksanaan Program Bandar Selamat telah dibentangkan untuk makluman jemaah Menteri pada 14 Julai 2004. Strategi dan langkah-langkah pencegahan jenayah tersebut dirangka hasil daripada beberapa siri perbincangan dengan pelbagai Jabatan/Agensi (khususnya PDRM) Institusi Pengajian Tinggi serta Badan-Badan Bukan Kerajaan seperti MCPF, FOMCA DAN REHDA.

Salah satu langkah yang yang dicadangkan adalah pemasangan CCTV di semua kawasan yang mempunyai kadar jenayah jalanan yang tinggi. Selaras dengan hasrat itu, 25 PBT termasuk Majlis Bandaraya Ipoh telah dipilih untuk pemasangan 496 unit CCTV. Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima 24 unit CCTV.

Objektif:

Untuk memenuhi inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu mengurangkan jenayah di seluruh negara khususnya dalam mengurangkan kadar jenayah jalanan. Pengunaan CCTV dapat dioptimumkan melalui  perancangan yang teliti, pengurusan yang cekap dan pemantauan yang berterusan untuk meningkatkan tahap keselamatan.

Operasi:

Bilik kawalan CCTV terletak di dua lokasi iaitu di Pejabat Penguatkuasa MBI dan juga Bilik Gerakan IPD Ipoh. Kedua-dua bilik kawalan ini beroperasi 24 jam. Kerjasama antara 2 agensi ini telah berjaya mengoptimumkan penggunaan CCTV di Bandaraya Ipoh.

Lokasi:

1Bulatan Sultan Iskandar, Taman DR Lorong Istana (Belakang SUK)3 Jalan Sultan Abdul Jalil45Persimpangan Jalan Perhentian / Jalan Lahat6 Jalan Sunway Ke Tambun (Lumba Haram)7Parking Motorsikal Padang Polo8Parking Motorsikal Pasar Besar Ipoh9Parking Motorsikal The Store (Pekan)10 Jalan Taman Win Onn / Jalan Kuala Kangsar, Ipoh11 Jalan Taman Jati – Carsem Jelapang12 Parking Motorsikal Komplek Yik Foong13 Parking Tepi Kawasan Greentown Business Centre14Parking Kenderaan Greentown Mall (Belakang)15Tesco (Jalan Medan Ipoh 2)16 Persiaran Tugu Greentown17 Gerbang Malam18Pusat Pelancongan Negeri Perak19 Rumah Pangsa Waller Court20 Rumah Pangsa Kinta Height21 Jalan Raja Dr. Nazrin Shah (Hadapan Istana Kinta)22 Kawasan Parking Komplek Sukan23 Memory Lane24Kawasan Sultan Abdul Aziz

Gambar-gambar: Pusat Kawalan CCTV