MENU

Kemudahan-kemudahan ini dibina bertujuan untuk memberikan kemudahan dan galakan kepada orang ramai bergiat dalam bidang sukan. Semua kemudahan tersebut terletak dalam satu kawasan seluas 75.2 ekar di Jalan Ghazali Jawi.

Kompleks Kolam Renang

Kompleks bertaraf antarabangsa ini menyediakan sebuah kolam renang utama saiz olimpik, sebuah kolam terjun, sebuah kolam belajar, sebuah kolam untuk kanak-kanak, sebuah kolam 'leisure' dan sebuah kolam ombak.

 

Pusat Badminton dan Skuasi

Pusat ini menyediakan 16 gelanggang badminton termasuk 4 gelanggang lantai rholastik dan 11 gelanggang skuasi di samping 4 buah meja ping-pong.

 

Gelanggang Tenis

Gelanggang Tenis menyediakan 9 buah gelanggang dan 2 buah gelanggang latihan.

 

Velodrom Rakyat
Velodrom Rakyat ialah gelanggang pelumba basikal yang menyediakan trek pelumba bertaraf antarabangsa.

 

Stadium Indera Mulia

Stadium Indera Mulia adalah sebuah stadium tertutup dan pelbagai guna yang terdiri daripada empat buah gelanggang untuk permainan sepak takraw, badminton, bola tampar dan bola keranjang. Di samping itu, ia juga boleh digunakan untuk pertunjukan pentas.

 

Stadium Perak

Stadium Perak boleh memuatkan seramai 20,000 orang penonton pertandingan bola sepak. 'Synthetic running track' baru yang dibina mengikut spesifikasi International Amateur Athletic Federation (IAAF) telah siap dibina dengan harga sebanyak RM 1,949,000.

 

Stadium Azlan Shah

Stadium yang telah siap dibina dalam tahun 1985, adalah sebuah 'premier hockey stadium' di Negeri Perak Darul Ridzuan dan 'Astroturf System 90 Artificial Turf' dibina untuk mematuhi spesifikasi 'International Hockey Federation'.