Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

26 PANEL PEMBENTANG AMBIL BAHAGIAN DALAM PROGRAM 3rd CITY WINDOWS SERIES, SMART GREEN ASEAN CITIES (SGAC)

Ipoh, 22 April 2025 – Seramai 26 panel pembentang daripada pelbagai latar belakang telah mengambil bahagian dalam Program 3rd City Windows Series: Smart Green ASEAN Cities (SGAC) yang berlangsung selama tiga hari di Bandaraya Ipoh.

Kesemua pembentang ini telah berkongsi pandangan, kepakaran, dan pengalaman dalam tujuh sesi pembentangan yang merangkumi pelbagai topik berkaitan pembangunan bandar pintar, hijau, dan mampan.

Program ini, yang berlangsung di Hotel AC Marriott Ipoh, melibatkan penyertaan wakil daripada 10 negara ASEAN dan dibiayai oleh United Nations Capital Development Fund (UNCDF) dengan sokongan Kesatuan Eropah (EU). Penganjuran ini bertujuan untuk memacu pembangunan bandar yang lebih mampan dan berdaya huni, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Antara objektif utama program ini ialah untuk meningkatkan kefahaman peserta terhadap konsep blended finance, memperkukuh kapasiti teknikal pihak berkuasa tempatan, serta mengenal pasti peluang pembiayaan dan pelaburan bagi projek-projek bandar hijau.

Penganjuran SGAC turut menjadi platform penting untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan rentas negara dan memperkukuh peranan Bandaraya Ipoh dalam menerajui agenda Smart City di peringkat serantau.

491640497 1063445765807943 2165263240415555275 N
491644504 1063445659141287 6526256780321455024 N
491673723 1063445715807948 8401207465464285309 N
491763973 1063445882474598 1550902232419810031 N
491952943 1063445755807944 642041471588659464 N
491965779 1063445709141282 6013031207349737496 N
491996461 1063445949141258 4572358501693311895 N
491996897 1063445632474623 4315939444849243130 N
491997532 1063446012474585 507176552594805351 N
492000774 1063445895807930 7190386759087078841 N
492089295 1063445965807923 1179927277678855918 N
492132158 1063445812474605 3378085908224860028 N
492141885 1063445849141268 8935637961687893901 N
492152731 1063445805807939 4575261957799786507 N
492196736 1063446042474582 7566850947511712007 N
492221452 1063445925807927 3520358164486261334 N
492235192 1063445909141262 1110501853027457000 N
492257953 1063446005807919 8217437121247170949 N
492378810 1063445845807935 3476959476493087130 N