Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

75 ANGGOTA MBI B40 TERIMA SUMBANGAN BAKUL MAKANAN

26 Mac 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Pertubuhan Kebajikan Sehati Ipoh Perak Malaysia telah mengadakan Program Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan kepada 75 Anggota MBI kategori B40 pagi tadi.

Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato’ Ahmad Hariri bin Kamarudin,
Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI, Ahli-ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-ketua Jabatan MBI serta ahli-ahli dari MCPF dan Pertubuhan Kebajikan Sehati Ipoh.

Semoga sumbangan ini dapat menceriakan serta mengurangkan beban persiapan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri mereka pada tahun ini.

486291518 1042341274585059 2318292670413245268 N
486389392 1042341261251727 3583296781251357089 N
486392189 1042341204585066 5949258185201248838 N
486417837 1042341417918378 2060529678866084159 N
486596840 1042341264585060 608464703279969514 N
486641205 1042341407918379 4880331574762150662 N
486645584 1042341267918393 5157567837979479240 N
486685875 1042341271251726 6373734845251796338 N