Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

DELEGASI KEMENTERIAN KEWANGAN ADAKAN LAWATAN KERJA KE UTC PERAK

Ipoh, 21 Julai 2026 – Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak hari ini menerima lawatan kerja daripada delegasi Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ghazali bin Hizam, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK)bagi meninjau pelaksanaanpengurusan serta operasi perkhidmatan di pusat berkenaan.

Delegasi tersebut telah disambut oleh LAr. Meor Abdullah Zaidi bin Meor Razali, Pengurus Besar UTC Perak, bertempat di Bilik Mesyuarat VIP, Aras 3, UTC Perak.

Dalam lawatan berkenaan, delegasi telah diberikan taklimat menyeluruh berkaitan pengurusan dan pengoperasian UTC Perak, termasuk penyelarasan perkhidmatan agensi kerajaan, pengurusan kemudahan, penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan serta usaha penambahbaikan yang dilaksanakan bagi memastikan keselesaan dan kepuasan orang ramai.

Lawatan kerja tersebut turut menjadi platform perkongsian pandangan serta pertukaran maklumat berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan UTC, selain meninjau kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan serta agensi yang beroperasi di pusat berkenaan.

UTC Perak komited untuk terus memperkukuh tahap penyampaian perkhidmatan yang cekap, mesra pelanggan dan berintegriti, selaras dengan peranannya sebagai pusat sehenti yang memudahkan masyarakat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung.

751437609 1428102066008976 5422304522763190006 N
751563633 1428102129342303 6992239570232963084 N
751720294 1428102166008966 1137475308034829995 N
751738345 1428102186008964 5231738413961036706 N
751915206 1428102146008968 8004066527882990985 N