JABATAN TAMAN DAN LANDSKAP MBI ANJUR PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN DAN KAWAD PENGUNGSIAN BANGUNAN
19 Mei 2025- Seramai 50 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengambil bahagian dalam Program Latihan Kebakaran dan Kawad Pengungsian Bangunan yang diadakan pagi tadi.
Program yang berlangsung di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh itu merupakan anjuran Jabatan Taman & Landskap MBI dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak.
Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada anggota MBI tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana.
Pada program tersebut juga, sebanyak dua simulasi telah dilaksanakan dengan pemantauan pihak Bomba iaitu simulasi menyelamatkan mangsa kebakaran yang terperangkap dalam bangunan. Simulasi kedua pula adalah penerangan serta latihan pemadaman kebakaran kepada anggota Jabatan Taman & Landskap MBI.
Hal Ini juga penting untuk memastikan setiap anggota sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan di samping mengetahui akan tindakan segera yang perlu diambil dan mengambil maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui dikala berlaku sebarang kejadian kebakaran.
Di samping itu, latihan ini juga bertujuan untuk memastikan Pasukan Keselamatan Kebakaran dan Ketua/Penolong Ketua Tingkat dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pasukan petindak cepat dalam membantu anggota mengosongkan bangunan.
Isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan perkara terpenting di dalam sebuah organisasi sama ada di dalam sektor kerajaan ataupun swasta.
Program latihan yang bermula pada jam 10.30 pagi telah berakhir kira-kira jam 11.15 pagi.

- Hits: 102