Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

JUARA & NAIB JUARA KEJOHANAN HOKI PBT 9’S LET’S PLAY PIALA DATUK BANDAR MBPJ 2025 MILIK MBI

Petaling Jaya, 31 Ogos 2025 – Pasukan Hoki Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakar sejarah gemilang apabila muncul juara dan naib juara Kejohanan Hoki PBT 9’S Let’s Play Piala Datuk Bandar MBPJ 2025, yang berlangsung pada 29–31 Ogos 2025 di Stadium Hoki MBPJ, Petaling Jaya.

Kejohanan julung kali ini diadakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Majlis Bandaraya Petaling Jaya, melibatkan tiga kategori utama iaitu Bawah 15 Tahun (Lelaki & Wanita), Terbuka (Wanita) dan PBT (Lelaki).

Sebanyak tujuh pasukan mengambil bahagian dalam kategori PBT (Lelaki) dengan format liga sepusingan. MBI menghantar dua pasukan iaitu MBI A dan MBI B yang berjaya mara sehingga ke pentas akhir.

Separuh Akhir

MBI B 2 – 0 DBKL A

MBI A 0 – 0 MBPJ (MBI A menang penalti 3 – 1)

Perlawanan Akhir

MBI A 0 – 1 MBI B

Kemenangan tipis itu menyaksikan MBI B dinobatkan Juara, manakala MBI A berpuas hati selaku Naib Juara.

Dua pemain MBI turut menerima anugerah individu iaitu Pemain Terbaik Kejohanan: pemain MBI B dan Penjaga Gol Terbaik Kejohanan: pemain MBI A.

Hadiah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohamad Zahri bin Haji Samingon,
Datuk Bandar Petaling Jaya, yang turut mengumumkan bahawa kejohanan ini akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar sukan MBPJ.

Keputusan Penuh Kategori PBT

30 Ogos 2025 (Sabtu)

MBI A 4 – 4 MBI B

MBI A 3 – 0 DBKL B

MBI B 0 – 0 DBKL A

MBI A 0 – 1 DBKL A

MBI B 1 – 0 Polis Terengganu

MBI A 1 – 0 MB Kuantan

MBI B 5 – 0 DBKL B

31 Ogos 2025 (Ahad)

MBI A 1 – 0 Polis Terengganu

MBI B 0 – 0 MBPJ

MBI A 0 – 1 MBPJ

MBI B 2 – 0 MB Kuantan

Separuh Akhir

MBI B 2 – 0 DBKL A

MBI A 0 – 0 MBPJ (MBI A menang penalti 3 – 1)

Akhir

MBI A 0 – 1 MBI B

542756730 1165500588935793 6048640242441023064 N
542756730 1165500588935793 6048640242441023064 N 1
543097688 1165500582269127 6738640092741104130 N
543097688 1165500582269127 6738640092741104130 N 1