Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

KEJOHANAN SUKAN MALA 2026: MBI RANGKUL NAIB JOHAN ACARA SEPAK TAKRAW

19 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya merangkul gelaran Naib Johan bagi acara sepak takraw sempena Karnival Sukan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) Fasa 1 2026.

Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti Mempaga, Bentong, Pahang itu menyaksikan MBI tewas tipis kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dalam perlawanan sengit dengan keputusan 2-1.

Terdahulu, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Puan Nurul Nazreen binti Nordin, Setiausaha Majlis Perbandaran Bentong.

Bagi kedudukan lain, Majlis Bandaraya Subang Jaya berjaya meraih tempat ketiga, manakala Majlis Bandaraya Seremban menduduki tempat keempat.

Sukan MALA 2026 Fasa 1 yang berlangsung di negeri Pahang itu turut menyaksikan MBI menghantar seramai 32 orang kontinjen bagi menyertai empat acara sukan yang dipertandingkan, iaitu golf, sepak takraw, petanque dan dart.

Sementara itu, kontinjen petanque MBI turut membanggakan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 16 pasukan terbaik daripada 55 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia yang mengambil bahagian.

Bagi acara golf pula, MBI berjaya menduduki tempat ke-16 daripada 40 PBT yang bertanding.

672360538 1349238737228643 599299768935291091 N
672688188 1349238690561981 5503139469200168929 N
674286991 1349238643895319 7714895686460173118 N
675147980 1349238683895315 3046295862804932410 N
675580815 1349238650561985 7545232802535280561 N
678374044 1349238430562007 8161156029057539459 N
678434065 1349238730561977 7323337496544281202 N