Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP KUNJUNG HORMAT DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 8 Julai 2026 – YBhg. Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah mengadakan kunjungan hormat menemui YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pagi ini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara PKNP dan MBI, selain membuka ruang perbincangan berhubung potensi kerjasama dalam aspek pembangunan, pelaburan serta perancangan bandar yang mampan dan berdaya saing.

Selepas sesi kunjungan hormat berkenaan, YBhg. Datuk Redza Rafiq Abdul Razak turut mengetuai delegasi PKNP mengadakan perbincangan bersama MBI yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Perbincangan tersebut antara lain memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh sinergi antara kedua-dua pihak dalam menyokong agenda pembangunan bandar raya Ipoh, sejajar dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 serta hala tuju Ipoh sebagai bandar raya yang mampan, inklusif dan berdaya huni.

MBI menyambut baik kunjungan dan perbincangan tersebut sebagai platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan agensi pembangunan negeri demi manfaat rakyat serta pembangunan ekonomi bandar raya Ipoh.

Majlis Bandaraya Ipoh kekal komited untuk menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai agensi strategik bagi memastikan pembangunan bandar raya dilaksanakan secara tersusun, seimbang dan memberi impak positif kepada kesejahteraan komuniti.

740286286 1417291887089994 6446655352675680177 N
741021730 1417291840423332 8996418982882045905 N
741324631 1417291897089993 2977332724477430716 N
741475075 1417291930423323 15091306838492909 N
741481525 1417291847089998 2249833562061522118 N
742473369 1417291920423324 1803936715836348386 N
743362140 1417291960423320 8899509320322758458 N