Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

KETUA UNIT INTEGRITI MBI TAMATKAN PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH (CeIO) SIRI 41

Ipoh, 10 Julai 2025 – Ketua Unit Integriti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah berjaya menamatkan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 41 Bil.1 Tahun 2025. Program CEIO ini turut disertai oleh seramai 43 orang pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi di Negeri Perak anjuran Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan SPRM.

Program Bual Bicara Integriti dengan tajuk "Pembangunan Institusi Pendidikan Agama" merupakan Seminar Kelestarian Integriti (SKI) yang menjadi sebahagian modul wajib dalam CEIO, menjadi acara penutup kepada Program CEIO tersebut. Seminar ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya pihak2 yang menguruskan sesebuah institusi agama tentang pentingnya kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan dalam pengoperasian institusi pendidikan agama di Negeri Perak.

Majlis penutup disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, dan disaksikan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta YBhg. Dato’ TKPj Azmi Kamaruzaman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut hadir memberikan sokongan ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Penyertaan Ketua Unit Integriti MBI dalam kursus ini mencerminkan komitmen Majlis Bandaraya Ipoh dalam memperkukuhkan budaya integriti, tatakelola dan tadbir urus yang beretika di peringkat kerajaan tempatan.

516799789 1121882866630899 379211339635392603 N
516810757 1121882746630911 6173443787802029636 N
516968203 1121883006630885 7137598812543967729 N
517010588 1121883046630881 1759062537323290914 N
517362833 1121882909964228 1747829808668012075 N
517366301 1121882873297565 6705266714460749945 N
517371790 1121883016630884 2603186466449075277 N
517405419 1121882829964236 3861284585754036995 N
517586362 1121882806630905 1920142657878043602 N
517703525 1121882683297584 352028190914643247 N
517706304 1121882693297583 5845918053353236484 N
517736278 1121882793297573 5734573224685776097 N
517740878 1121882759964243 5951745236696437993 N
518011478 1121882966630889 7132662002403837524 N
518011485 1121882919964227 4906356880290404727 N
518143649 1121882836630902 8899234547617706138 N