KUNJUNG HORMAT DELEGASI IDR MENEMUI DATUK BANDAR IPOH
19 Mei 2025 - Y.Bhg. Tuan Zamakhshari Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjung hormat Delegasi Institut Darul Ridzuan (IDR) yang diketuai oleh Dr. Maisarah Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif IDR tengahari tadi.
Dalam masa yang sama, Y. Bhg. Datuk Bandar Ipoh turut mengadakan perbincangan mengenai Kajian Separuh Penggal Perak Sejahtera 2030 (Pemerkasaan PBT) dan Ipoh Bestari Sejahtera serta Kajian Separuh Penggal Berdasarkan Flagship Ke-15 Bandar Ekonomi Donat di bawah Agenda Perak Sejahtera 2030 bersama pihak IDR.
Ia turut dihadiri oleh Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
Semoga kunjung hormat tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan serta membantu memajukan Bandaraya Ipoh khasnya dan Negeri Perak amnya.

- Hits: 105