Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

KUNJUNG HORMAT DELEGASI PERSATUAN PEGAWAI KANAN MBI (PADUAN) KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 4 Julai 2025– YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pegawai Kanan Majlis Bandaraya Ipoh (PADUAN) dalam satu sesi penuh mesra yang berlangsung di pejabat Datuk Bandar.

Delegasi PADUAN telah diketuai oleh Ir. Ts. Haji Arif bin Mohd Zainudin, Pengarah Kerja & Bangunan MBI yang juga merangkap Pengerusi PADUAN. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kepimpinan tertinggi dan Ahli Jawatankuasa PADUAN selain membincangkan hala tuju serta pelan aktiviti persatuan pada masa hadapan.

Dalam sesi tersebut, Ir. Ts. Haji Arif turut menyampaikan sehelai baju Korporat PADUAN kepada Datuk Bandar Ipoh sebagai simbol penghargaan dan sokongan terhadap kepimpinan beliau serta sebagai tanda kebersamaan dalam memperkukuh kerjasama antara pengurusan tertinggi dan pegawai kanan MBI.

PADUAN yang ditubuhkan sejak tahun 1988 merupakan sebuah persatuan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan MBI. Penubuhannya bertujuan untuk menyatukan barisan pegawai kanan di bawah satu platform profesional yang proaktif serta memainkan peranan dalam mendorong pelaksanaan pelbagai program pembangunan, kebajikan dan aktiviti sosial untuk manfaat warga kerja MBI.

Datuk Bandar dalam ucapannya menghargai peranan PADUAN sebagai rakan strategik pengurusan yang penting dalam memperkukuh struktur dalaman organisasi dan menyeru agar PADUAN terus menjadi wadah penyatuan yang membawa aspirasi dan suara pegawai kanan demi kecemerlangan Majlis Bandaraya Ipoh.

514411821 1117279133757939 587007445809133408 N
514416276 1117279067091279 6390880609328357482 N
515446196 1117279053757947 4871019932164380137 N
515582396 1117279140424605 2794474280199806659 N
516462152 1117279170424602 5996722349420562386 N