Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

KUNJUNG HORMAT DELEGASI UNIVERSITI MALAYA KEPADA DATUK BANDAR IPOH

4 Jun 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, telah menerima kunjung hormat daripada delegasi Universiti Malaya yang diketuai oleh Puan Nor Hafizah Abdullah, Pengarah Pusat Hubungan Alumni, pada pagi tadi di Majlis Bandaraya Ipoh.

Dalam sesi kunjungan tersebut, YBhg. Datuk Bandar turut mengadakan perbincangan bersama pihak Universiti Malaya bagi meneroka peluang kolaborasi baharu yang berpotensi menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan warga bandar raya Ipoh.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah ketua-ketua jabatan MBI serta wakil-wakil dari Universiti Malaya.

Kunjungan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara institusi pengajian tinggi dan pihak berkuasa tempatan ke arah pembangunan bandar yang inklusif, berdaya saing dan berdaya tahan.

500961972 1094358276050025 5176465067891969343 N
500994948 1094358236050029 7739293284152494516 N
501006325 1094358302716689 3866169798369959107 N
501147055 1094358279383358 388568787357478748 N
503704427 1094358332716686 7833015627197573158 N
503831050 1094358496050003 4536429933983016024 N
503849838 1094358289383357 7597259416920377347 N
503904640 1094358209383365 8949632830536196724 N
503998314 1094358232716696 7591858459167539066 N
504001386 1094358346050018 5643952931936455104 N