Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA) KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI SERTA KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL PERKASA INISIATIF ANTIRASUAH DALAM PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)

Ipoh, 23 Julai 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Kursus Khas Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diselaraskan oleh Unit Integriti, MBI bertempat di Dewan Azlan Shah, MBI.

Seramai 70 orang peserta terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional MBI telah menyertai dan menjayakan kursus ini.

Melalui kursus ini, MBI memperteguh komitmen memperkukuh tadbir urus, integriti dan pencegahan rasuah dalam perkhidmatan awam. Peserta kursus diberi pendedahan dan interaksi mengenai dasar berkaitan pembudayaan integriti, bentuk kesalahan lazim dalam perolehan kerajaan, pengurusan risiko rasuah (CRM) dan pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 (NACS).

Kursus ini telah menampilkan dua orang penceramah jemputan iaitu Timbalan Pengarah SPRM Negeri Perak, Mohd Syahrul Ridzuan Bin Yahaya, dan Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Perak, Rozy Binti Usop.

751804394 1429897352496114 3444522578771436971 N
751938347 1429897329162783 9017007569273035335 N
752524599 1429897345829448 1724181467530458085 N
752761358 1429897262496123 9121432684425973179 N
752880874 1429897319162784 1901903419318439116 N
753169663 1429897215829461 6683398701235142670 N
753783683 1429897225829460 1661910329289979026 N
755033920 1429897279162788 2018936419315042596 N