Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

MAJLIS BANDARAYA IPOH PERKUKUH PERANCANGAN STRATEGIK INFRASTRUKTUR, ASET DAN KEPERLUAN OPERASI

14 Ogos 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Infrastruktur Pejabat dan Perolehan Kenderaan selama tiga hari, bermula pada 12 hingga 14 Ogos 2026.

Bengkel berkenaan telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, dan turut dihadiri oleh Tuan A'zman bin Mohd Harun, Setiausaha Bandaraya, barisan Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai MBI.

Penganjuran bengkel ini merupakan antara usaha strategik MBI dalam memperkukuh perancangan organisasi, khususnya berkaitan keperluan infrastruktur pejabat, pengurusan aset, perolehan serta penggantian kenderaan dan keperluan operasi Majlis bagi menghadapi cabaran serta keperluan perkhidmatan pada masa hadapan.

Menerusi sesi percambahan idea bersama kumpulan think tank Majlis yang terdiri daripada pihak pengurusan serta Ketua Jabatan dan Unit, beberapa aspek strategik utama telah dikenal pasti untuk diberikan perhatian, antaranya:

- pengurusan kewangan dan kaedah pembiayaan;
- pengurusan, penyelenggaraan serta penggantian aset dan kenderaan;
- pemerkasaan infrastruktur serta pengoptimuman ruang pejabat; dan
- perancangan pembangunan serta keperluan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tempoh lima tahun akan datang.

Hasil bengkel ini akan menjadi antara asas penting kepada MBI dalam merangka pendekatan yang lebih tersusun, praktikal dan berdaya tahan bagi memperkukuh kedudukan kewangan, meningkatkan kecekapan pengurusan aset serta mempertingkat keupayaan operasi dan infrastruktur Majlis.

Pelaksanaan cadangan yang dikenal pasti akan dilaksanakan secara berfasa, mengikut keutamaan dan berhemah, dengan mengambil kira kemampuan kewangan serta keperluan semasa Majlis.

Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap perancangan dan perbelanjaan memberikan nilai terbaik kepada organisasi, di samping menjamin kemampanan kewangan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan MBI kepada masyarakat.

MBI komited untuk terus memperkukuh tadbir urus dan perancangan strategik organisasi selaras dengan aspirasi menjadikan Ipoh sebuah bandar raya yang mampan, cekap dan berdaya huni.

773614780 1450621577090358 3031335957929436109 N
773662488 1450621647090351 8529383037162809167 N
773869932 1450621607090355 8977906471562312332 N
774651464 1450621617090354 6125532596760209824 N
774667899 1450621533757029 7935701709122988211 N