MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM MENYEMAI SEMANGAT KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026
Ipoh, 15 Ogos 2026 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Turut mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
Hadir sama ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan; Yang Berhormat Encik Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan; barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak; ketua-ketua jabatan serta para tetamu jemputan.
Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, menyuburkan rasa cinta akan tanah air serta memperkukuh kesetiaan kepada institusi Raja dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda, bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.
Majlis turut diserikan dengan pelbagai acara, antaranya penyampaian hadiah kepada Johan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, persembahan Johan Bicara Berirama, persembahan Johan Choral Speaking, penyampaian hadiah sesi pertama, persembahan Johan Koir serta penyampaian hadiah sesi kedua.
Kehadiran Yang Berbahagia Tuan Zamakhshari bin Hanipah ke program berkenaan mencerminkan sokongan berterusan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terhadap usaha menyemai nilai patriotisme, memperkukuh semangat perpaduan serta memupuk rasa hormat dan taat setia kepada Raja dan negara.
Program seumpama ini merupakan platform penting dalam memperkasakan penghayatan terhadap sejarah, identiti dan jati diri nasional. Pada masa yang sama, program ini turut membuka ruang kepada generasi muda untuk menyerlahkan bakat dan potensi dalam bidang pidato, bahasa, kesenian serta persembahan.
MBI akan terus memberikan sokongan terhadap pelaksanaan program dan inisiatif yang mampu memperkukuh semangat cintakan negara, menyemai nilai kesetiaan serta menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan berjiwa patriotik.

- Hits: 17