Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

PROGRAM BRIDGE SUMMER CAMP 2025: DATUK BANDAR IPOH RAI PELAJAR DUTA KECIL KE FUKUOKA, JEPUN

Ipoh, 9 Julai 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah hadir menyaksikan Majlis Pra Tonton dan menyempurnakan Penyampaian Sijil Penyertaan kepada empat orang pelajar sekolah rendah yang terpilih untuk mewakili Bandaraya Ipoh ke Program BRIDGE Summer Camp 2025 di Fukuoka, Jepun, yang akan berlangsung dari 12 hingga 21 Julai 2025.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya Ipoh, Tuan Haji Fakrul Nizam bin Pakhruddin, Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Murid), mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Encik Wan Mohd Hazihan bin Wan Husain, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid selaku Pegawai Pengiring Program Puan Anita Hanim binti Taharim, Pensyarah Bahasa Jepun, Politeknik Ungku Omar serta Ketua Jabatan MBI.

Empat pelajar yang terpilih sebagai Junior Ambassador (Duta Kecil) ialah:

1)Muhamad Azim Zuhri bin Syith (SK St. Michael),

2)Arissa Safiya binti Mohd. Syazlan (SK Tambun),

3)Kimberly Ng (SJKC Ave Maria Convent), dan

4)Arjun Siddhaarth a/l Theebenraj (SJKT Gunung Rapat).

Kesemua mereka akan diiringi oleh Encik Wan Mohd Hazihan bin Wan Husain serta Cik Dee Dee Xin Tong, Pelajar Jurusan Undang-Undang dari Universiti Malaya yang juga bekas Duta Kecil BRIDGE tahun 2015, kini menyertai semula program ini sebagai Peace Ambassador.

Program ini merupakan platform pendidikan antarabangsa anjuran Asian-Pacific Children’s Convention (APCC) yang menghimpunkan pelajar dari 61 buah negara dan wilayah. Sejak 1989, Bandaraya Fukuoka, Jepun menjadi tuan rumah utama program ini yang bertujuan memupuk semangat "Omoyari" — iaitu nilai saling menghormati, empati serta kesediaan untuk menerima perbezaan budaya demi membentuk keamanan dan persefahaman sejagat.

Kelab BRIDGE yang ditubuhkan pada tahun 1998 adalah rangkaian alumni bekas peserta program APCC yang terus aktif mempromosikan nilai-nilai Omoyari dan jalinan persahabatan rentas negara.

Sejak tahun 2001, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menghantar lebih daripada 200 orang pelajar sekolah rendah ke program ini, sebagai komitmen berterusan dalam membina generasi muda yang berdaya saing global dan berjiwa harmoni.

515436187 1121101120042407 6135644230050559 N
515436297 1121100986709087 1204130951714311222 N
515437784 1121101083375744 6312373479209548798 N
515437834 1121101096709076 3949687506747812220 N
515440312 1121100873375765 5786210403849033129 N
517229192 1121100840042435 1509463828460645229 N
518272226 1121100586709127 1935151823358829509 N
518272803 1121101190042400 2263188190903288974 N
518273541 1121101220042397 6976671104129012751 N
518273601 1121100943375758 2433667765525463461 N
518274619 1121100803375772 7610441483278883793 N
518274960 1121100963375756 545423278346831644 N
518275641 1121100520042467 9217519163380837581 N
518283815 1121100686709117 4046142633314910717 N
518284612 1121100660042453 177672919803472534 N
518455826 1121100710042448 8093079154034855535 N