Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

PROGRAM TURUN PADANG (TURPA) AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) HULU KINTA, YB MUHAMAD ARAFAT BIN VARISAI MAHAMAD DI TAMAN KINDING DAN KAMPUNG BARU CHANGKAT KINDING

Ipoh, 8 Julai 2025 – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bercham, YB Muhamad Arafat Bin Varisai Mahamad telah turun padang pagi ini ke kawasan Taman Kinding dan Kampung Baru Changkat Kinding bagi meninjau permasalahan berkaitan banjir kilat yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Clr. Pn. Norhayati binti Sani, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, wakil Pejabat Parlimen Tambun, wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengaliran Saliran (JPS), Pejabat Tanah dan Galian, Persatuan Penduduk Taman Kinding Akasia wakil Ketua-ketua Jabatan Majlis Bandaraya Ipoh dan Puncak Emas Infra Sdn. Bhd.

Hasil pemantauan fizikal di lapangan mendapati permasalahan telah dikemukakan oleh penduduk iaitu banjir kilat yang sering dialami.

Sehubungan itu, tindakan awal MBI akan melaksanakan kerja – kerja pembersihan di dalam longkang peparitan.

Lawatan turun padang ini menunjukkan komitmen pihak Majlis dalam memahami realiti di peringkat komuniti serta berusaha mencari penyelesaian terbaik secara holistik. Diharapkan isu ini dapat ditangani secara berperingkat demi menjamin kesejahteraan penduduk dan menyokong pembangunan bandar yang lebih lestari dan seimbang.

514258405 1120276750124844 1165009579203133985 N
514279605 1120276796791506 5516669103083040867 N
517100700 1120278906791295 2556602729109417860 N
517964164 1120278960124623 7270937186639751397 N
518057168 1120278890124630 5556734869479721057 N
518272083 1120278793457973 5474324793653809164 N
518272459 1120278810124638 1796251957671940866 N
518355709 1120278996791286 3419345733454296572 N
518396001 1120276660124853 179608107032555376 N