Written by admin mbi on . Posted in Important Highlights.

SESI TAKLIMAT SISTEM PINDAHMILIK PEGANGAN BERKADAR (BORANG I) SECARA ATAS TALIAN BERSAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI PERAK

IPOH, 8 Julai 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan satu sesi taklimat berkenaan Sistem Pindahmilik Pegangan Berkadar (Borang I) secara atas talian yang melibatkan penyertaan dari semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak.

Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai PBT telah menghadiri sesi taklimat ini. Taklimat telah disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dengan fokus kepada pengenalan dan penggunaan sistem dalam urusan pindah milik pegangan berkadar secara lebih cekap dan sistematik.

Penganjuran taklimat ini mencerminkan komitmen MBI dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara PBT serta meningkatkan kefahaman dan penyeragaman pelaksanaan sistem dalam urusan pentadbiran harta.

MBI turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wakil PBT yang telah bersama-sama menjayakan sesi ini. Platform ini juga memberi ruang untuk perkongsian idea, pengetahuan serta amalan terbaik ke arah penambahbaikan perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan untuk manfaat bersama.

515930020 1120351796784006 6423187059274174747 N
517555265 1120351716784014 4550391343172349659 N
517705047 1120351890117330 5461457904636459888 N
518270080 1120351770117342 6883445841404057077 N
518273006 1120351810117338 5680084166074547843 N
518276034 1120351696784016 729610322563160185 N
518276077 1120351726784013 5261625834687179173 N
518278098 1120351906783995 365726676088420051 N