Written by admin mbi on . Posted in Latest Info.

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu, khususnya warga Kota Ipoh yang meraikan perayaan penuh bermakna ini.

Semoga cahaya perayaan ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, memperkukuh keharmonian serta membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat.

Raikan kepelbagaian, perkukuh perpaduan, suburkan keharmonian.

Selamat Hari Deepavali

Ikhlas daripada Datuk Bandar Ipoh, Ahli Majlis dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Ipoh.